Bersama Berjuang

Monday, May 30, 2011

PAS DILANDA NASIB "MENANG SORAK KG TERGADAI" - TOK HIM


KUALA LUMPUR, 29 Mei — Datuk Ibrahim Ali yang bertanding dalam pilihan raya umum 2008 atas tiket PAS di Kelantan berkata, pada pemilihan parti itu minggu depan, komponen Pakatan Rakyat (PR) itu akan berhadapan dengan nasib “menang sorak kampung tergadai” di arena politik tempatan.

Sebaliknya, Ibrahim (gambar) yang juga Presiden Perkasa mendakwa yang akan untung ialah DAP dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR.

“Yang tak tahu penyokong tegar PAS yang benar-benar ikhlas berjuang untuk Islam. Kesian kepada mereka,” kata wakil rakyat kerusi Parlimen Pasir Mas ini.

Pada 8 Mac 2008, Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS tetapi memutuskan untuk bertindak sebagai anggota Bebas di Dewan Rakyat selepas menang.

Dalam kenyataan dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini, Ibrahim berkata, muktamar minggu depan yang turut menyaksikan pemilihan PAS merupakan ‘ajakkan’ PAS yang dulunya, walaupun ia parti politik, tetapi dakwah dan perjuangan Islam menjadi utama, menang kalah dalam pilihan raya umum tidak menjadi soal penting.

“Tetapi kini, PAS sudah menjurus ke arah menang pilihan raya tanpa mengira apa jadi, malah buat apa saja asal menang iaitu cara menghalal matlamat.

“Tetapi jika PAS menang dalam gabungan Pakatan Rakyat, ertinya menjadi parti dominan dalam PR, mungkin berbaloi dan boleh diterima. Boleh diberi alasan, ia strategi,” katanya sambil mendakwa “tapi nyata PAS bukan dominan macam Umno mengetuai BN.”

Katanya lagi, kejayaan PR membawa kepada dasar Malaysian Malaysia dan Anwar bakal perdana menteri.

“Ini benar walaupun pelik, macam mana PAS boleh menjual prinsip perjuangannya,” kata Ibrahim yang juga bekas ahli Umno dan bekas pemimpin S46 yang telah dibubarkan.
Ibrahim juga mendakwa apabila PAS menekankan hal Islam dengan kuat, DAP akan menyergah dengan kuat dan terbuka.

“Bila DAP dan ada golongan menyentuh hal Islam, PAS diam seribu bahasa.

“Oleh itu, pemilihan PAS kali ini boleh tentukan PAS penghujung jalan atau PAS hanya tinggal nama saja parti Islam dan Islam akan menjadi modal niaga politik yang sekadar untuk angkat calon PAS menang pilihan raya umum dan jadi wakil rakyat,” katanya lagi.

Mengenai bakal keputusan, Ibrahim meramalkan bahawa Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan menang jawatan timbalan presiden.

“PAS Kelantan terutama (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Aziz (Nik Mat) sudah menolak (penyandang jawatan) YB Nasarudin (Mat Isa) kerana dilihat properpaduan dan tidak agresif serta kurang karismatik.

“Bila Mat Sabu (Mohamad Sabu) tegas menawarkan diri sbagai calon timbalan presiden, puak ulama dan Erdogan amat risau. Mat Sabu bukan lulusan Timur Tengah, bukan juga profesional dan dilihat tidak sangat berjihad untuk Anwar sepert yang lain-lain,” katanya.

Oleh sebab itu, kata beliau, ada pihak tertentu merencana strategi bagi mengetepikan Nasharudin dan Mohamad dari memegang jawatan timbalan presiden.

“Manakala penyertaan YB (Datuk) Mohd Amar Abdullah sebagai calon naib presiden sebagai usaha menyekat YB (Datuk) Husam Musa. Diketahui umum, PAS Kelanyan dilanda krisis yang amat tenat tetapi tidak diketahui umun secara meluas. Ia kanser,” katanya lagi.

Jawatan naib presiden menjadi saingan antara Husam, Ketua Penerangan Idris Ahmad, Datuk Mahfuz Omar, Mohd Amar, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Salahudin Ayub.

Mahfuz dan Salahuddin merupakan penyandang jawatan itu.

GERAKAN TIMUR:
Aduhai malang pak kaduk.. ayamnya menang kampung tergadai...

1 comment:

  1. Dlm pemilihan PAS kali ini adalah pertembunga di anatar puak Ulama yg tidak menyokong Anwar dan puak Erdogan yg kuat menyiking Anwar aljuburi.
    Kita lihatlah shj bagaimana perwakilan2 akan mengundi.
    Adakah wang yg ditaburkan oleh Anwar akan berhasil bagi puak Erdogan menguasai PAS supaya senang utk dikaldaikan oleh DAP utk membela kaum Kristian.
    Atau adakah perwakilan akan berfikir dgn bijak dan mengutamakan puak Ulama supaya PAS kekal berjiwa Islam dan membela kaum Islam.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...