Perhatikan terus beberapa hari ini terhadap politik LGE dan DAP dalam menangani isu berhubung DAP dan gereja kristian ini.
Setiap hari dia akan mengeluarkan kenyataan yg bertujuan untuk mencipta persepsi bahawa isu ini ditunjangi oleh Utusan dan UMNO. LGE akan menggunakan isu ini untuk mencalarkan reputasi BN semaksima mungkin.
Dari isu yang mendedahkan hubungan DAP dengan gereja kristian, LGE membuat "maneuver" kepada isu yang mengancam komuniti kristian bagi menambahkan lagi kekalutan yang berlaku. Sebenarnya, GT percaya bahawa kerjasama DAP dengan gereja hanya membabitkan gereja-gereja tertentu sahaja dan bukannya semua, namun LGE menggunakan kesempatan ini untuk menarik seluruh komuniti kristian \ke dalam permasalahan ini. LGE cuba mewujudkan "fobia" dan rasa tidak selamat kepada komuniti ini, yang kononnya berpunca dari BN.
Fokus, isunya disini ialah hubungan kerjasama gereja tertentu dengan DAP dan penglibatan gereja dalam politik. GT bersandarkan kepada pemerhatian pada PRK Sibu dan PRN Sarawak yang lalu.
Dalam pada itu, Adun Komtar dari DAP, Ng Wei Aik menekankan bahawa parti itu sentiasa mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara dan juga mengiktiraf hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.
Apa? DAP for Islam & Malay? Muuahahahahahaha....
BENARKAH DAP SUDAH SUJUD DAN PATUH UNTUK MENERIMA ISLAM DAN MENGEKALKAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU?
Andai jawapan mereka YA!, maka wajarlah DAP DIBUBARKAN kerana parti itu tidak lagi relevan dalam senario politik Malaysia!
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!