Bersama Berjuang

Friday, May 6, 2011

MESTI BACA: BLOG PECACAI ANWAR SPIN CERITA ESKAY MENAFIKAN ANWAR BERZINA DGN CHINADOLL. HAKIKATNYA?

Kecoh di blog-blog pecacai Anwar, malam semalam kononnya Eskay telah menafikan bahawasanya dia menuduh Anwar berzina.  Maka, mengembek dan ber-hee-hoonk lah juak2 ini mengatakan kebenaran telah terserlah, dan sumpah laknat itu adalah bohong semata-mata.  Mmg Eskay konsisten dan tidak pernah menuduh Anwar berzina dengan Chinadoll sejak dari mula pendedahan ini di Carcosa.  

Baca pendedahan oleh blogger jahat (hehehe...), The Flying Kick yg merungkai betapa usaha untuk memerangkap Eskay tidak mengena, lantas fakta dibelitkan tanpa melihat dari keseluruhan kronologi isu.  Jom baca pendedahan yg penting untuk mentarbiahkan kebengapan bAhlul PAS dan PKR berhubung dengan fakta yg diselewengkan oleh juak2 Anuwar.


SUMPAH LAKNAT ESKAY.. ANWAR DAH MACAM PIJAK BARA

Shazryl Eskay bersumpah dan melaknat dirinya sendiri jikalau dia berbohong. Bila pencacai Anwar tulis cerita, depa pun kata, Shazryl Eskay dah dimakan sumpah laknatnya sendiri. Sebabnya, Shazryl Eskay kata depa, tak pernah menuduh Anwar melakukan hubungan seks dengan China Doll sekalipun Shazryl Eskay bersumpah laknat yang dia memang orang dalam video lucah tersebut adalah Anwar Ibrahim!

Yang depa tak cerita ialah, usaha untuk perangkap Shazryl Eskay agar melakukan qazaf tidak berjaya. Kalau Shazryl Eskay bersungguh-sungguh kata, memang 'YANG MELAKUKAN ZINA DENGAN CHINA DOLL' itu adalah Anwar Ibrahim, maka Eskay senanglah ditarik ke mahkamah syariah atas tuduhan qazaf. Malangnya, Eskay hanya kata, Anwar 'ADALAH ORANG DI DALAM VIDEO SEKS' itu dan tidak meneruskan kata-katanya dengan qazaf.

Itu pasallah depa meroyan tak tentu arah.

Arahan seterusnya kepada para pencacai tersebut ialah, naikkan kemarahan dan cabar kejantanan Eskay agar mengeluarkan kenyataan bahawa ANWAR BERZINA DENGAN CHINA DOLL!!!

Dan itulah yang dilakukan sekarang... serata blog pencacai Anwar melaksanakan tugasan yang diberikan kepada mereka dengan jayanya!

Biarpun Shazryl Eskay bersumpah laknat ke atas dirinya sendiri iaitu jikalau dia berdusta, maka laknat Allah Taala menimpanya, yang duk nampak macam TERLAKNAT sekarang adalah Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim kalut bergerak dari satu tempat ke satu tempat, termasuklah ke Ampang siang tadi untuk berceramah dan meyakinkan orang ramai yang dia tidak bersalah. Konon-kononnya dia adalah Menteri Kewangan yang berjasa kepada rakyat dengan tidak menaikkan tol, walhal kenaikan tol dan pembayaran konsensi tidak ada kena-mengena langsung dengan dia walaupun dia adalah Menteri Kewangan. Dia sekadar perlaksana dan penurun tandatangan, bukannya pembuat dasar.

Dan semua orang tahu, dia adalah Menteri Kewangan yang sangat bernasib baik kerana pada zaman dia menjadi Menteri Kewangan, segala-galanya sudah tersedia. Dia hanya muncul dan kemudian ambil nama atas kerja orang dan pihak lain...

Yang tidak diceritakan oleh Anwar Ibrahim ialah bagaimana dia disejukbekukan dengan penubuhan MTEN walaupun kalau di Jepun, Menteri Kewangan sudah pun melakukan harakiri kerana maruahnya telah dicalar.

MTEN mengambilalih sepenuhnya tugas Menteri Kewangan pada tahun 1997!

Bagaikan makhluk yang terpijak bara, Anwar melompat dari satu bab ke satu bab untuk menunjukkan betapa baiknya dia. Sekalipun dia tidak bersumpah dan melaknat dirinya sendiri jikalau dia berbohong, nampaknya perlaknatan Allah Taala kepadanya telah pun berlangsung dengan SESI PEMBOHONGAN BESAR-BESARANNYA yang digerakkan di Ampang.

Malah Allah Taala telah pun membuka satu lagi rahsia besar bagaimana Anwar dan PKR Selangor dengan didalangi oleh DAP cuba membunuh Melayu-Bumiputera di Selangor menerusi kuasa yang dipinjamkan kepada mereka. Rahsia mengapa Khalid Ibrahim ingin menamatkan kerja-kerja kontraktor pembersihan Melayu dan Alam Flora Sendirian Berhad, jelas menunjukkan bagaimana PKR di Selangor hanyalah alat untuk DAP mencinakan segala-galanya!!!

2 comments:

  1. takpe... biarkan mereka sementara waktu... lagi banyak diaorang buat keje bodoh dan tak senonoh, lagi senang nak tawan Selangor dan negeri2 pembangkang yg lain... saya amat setuju DSNajib syorkan jentera BN digerakkan sekarang... biler PRU nanti kita terajang pakatan haram ni... kumpulkan maklumat2 seperti penulisan gerakan timur dan bloggers mantan yg lain, termasuk maklumat2 SB, susun ngan baik, lepas tu kita betulkan mindset rakyat dengan baik... cara menyampaikan maklumat adalah kritikal dalam hal ini... dengan strategi yang bijak dan semangat kepahlawanan yg tidak luntur, BN pasti menang...

    ReplyDelete
  2. cabai lah...memang bung nuar sih...ternyata beneran....

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...