Bersama Berjuang

Sunday, May 8, 2011

MELAYU SELANGOR TERUS DITINDAS!!! HAK BUMIPUTERA DIRAMPAS!

KUALA LUMPUR 6 Mei - Kira-kira 30 ahli Persatuan Kontraktor Melayu Selangor (PKMS) mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan pemimpin dan anggota DAP menggunakan nama- nama syarikat kontraktor bumiputera untuk mendapatkan projek kecil di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan.

Demonstrasi diketuai Ahli Jawatankuasa (AJK) PKMS, Latif Wagiman itu diadakan di hadapan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wan di Pusat Komuniti Rakyat Serdang di Seri Kembangan dekat sini, hari ini.

Demonstrasi selama 30 minit itu digunakan oleh para kontraktor terbabit untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dan kekecewaan terhadap kerajaan negeri Selangor khususnya DAP yang menganiaya kontraktor kecil bumiputera atau Kelas F.

Menurut Latif, kontraktor kelas F bukannya kontraktor 10 peratus atau 'ali baba' tetapi berkemampuan untuk melaksanakan keseluruhan projek yang diberikan oleh kerajaan.

"Sepatutnya kerajaan Selangor yang menggelar diri sebagai 'Kerajaan Kebajikan' membimbing kontraktor bumiputera yang masih belajar untuk berniaga tetapi sebaliknya menganiaya kontraktor kelas F ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada demonstrasi tersebut di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan Selangor supaya bertindak segera menghapuskan amalan 'ali baba' dan mengamalkan sistem sebut harga secara terbuka atau undian.

Seorang kontraktor, Sharom Mohd. Sharif berkata, selama ini kontraktor bumiputera banyak membantu perniagaan bukan bumiputera dengan membeli bahan-bahan pembinaan daripada mereka.

"Apalah salahnya jika bumiputera diberi peluang mendapatkan projek kerajaan. Kita masing-masing menikmati keuntungan iaitu bersesuaian dengan konsep 1Malaysia," ujarnya.

Kontraktor wanita, Norliza Md. Dewa pula meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pejabat-pejabat daerah di Selangor kerana mendakwa wujud unsur rasuah semasa pemberian projek melalui pegawai kerajaan di situ.

Norliza mendakwa, dia mendapat maklumat bahawa terdapat pegawai dan kakitangan di pejabat daerah memiliki lesen konduktor kelas F dan mendapatkan sendiri projek bagi syarikat mereka.

Sebelum ini, peguam yang mewakili SPRM, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah semasa prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock mendakwa kontraktor, Lee Wye Wing mempergunakan nama-nama kontraktor bumiputera untuk mendapatkan projek kecil di kawasan DUN Seri Kembangan dan Kampung Tunku.

Beliau mendakwa, Beng Hock pula dikatakan turut memainkan peranan sebagai orang tengah dalam menentukan sebut harga bagi projek-projek yang diluluskan untuk disampaikan kepada ADUN Seri Kembangan itu.-Utusan Online
 
GERAKAN TIMUR:
Sebahagian dari cara pentadibiran Khalid ingin "membunuh" peniaga dan kontraktor Melayu di Selangor.   Kerakusan DAP hanya mampu dipandang oleh Khalid, boneka DAP laknatullah.  

Kes ini juga menyaksikan bagaimana TBH mati dan mengakibatkan siasatan terhadap ADUN DAP Selangor terpaksa diberhentikan dan ini amat merugikan SPRM yang sedang mengumpulkan bukti penyelewengan.  

Wang rakyat habis "dirompak", projek bumiputera habis "disapu", dan mereka terselamat... saksi sulah mati maaaa....itu SPRM misti tanggungjawab lorrrrr...

1 comment:

  1. 1. Nak menyesal pun dah tak guna,, sbb dulu melayu selangor yg paling kuat mahukan kerajan ditukarkan..

    2. Dulu MAhathir pernah ingatkan sendiwara yg sering dinaikkan oleh PKR PAS dan DAP.. Tetapi melayu selangor tidak mau percaya dan buat2 lupa.

    3. Kini apa dah jadi.. banyak aset melayu hancur..

    4. PKNS hancur..

    5. YBK hancur malah di tutup..

    6. Hasil pasir hancurr.. yg tinggal hanya lubang2..

    7. Perniagan org melayu, kontrektor org melayu... hancur...

    8. Islam di selangor.. hancur... malah ada melayu selangor yg menyokong kitap injil versi melayu di edarkan..

    9. masjid di selangor yg paling banyak memberi ruang pada kapir DAP bagi ceramah dlm masjid.. tidak pnh jadi sebelum ini.

    10. Ada juga pemimpin melayu selangor yg biadap dgn sultan sendiri.. malah org melayu juga turut mengikuti dan menyokong kebiadapi pada sultan selangor..

    Nak nyesal dah tak guna...Kalau lepas ni menang pun dah tak guna sbb selangor dah muflis....

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...