Pabila berhujah dengan juak2 PAS, mereka menggunakan segala ayat dan perkataan dalam Al-Quran untuk menyampaikan maksud. Bagus, GT tidak pernah menolak Al-Quran dan As-Sunnah. Itu pegangan kita selaku ummah Islam selain dari pengalaman orang-orang tua kita, atau PETUA.
Namun kadang-kadang tersenyum melihat mereka, yang seolah-olah tidak tahu apa yang mereka katakan. Yaaa.. mmg mereka menggunakan sumber dari kedua-dua diatas, tapi rupanya itulah yang diajar oleh ostat-ostat mereka, yg hidup dari hasil berpolitik! Padanlah tidak memahami, mereka mengambilnya bulat-bulat tanpa dilihat, didengar dan difikirkan sebelum dengan lagaknya berhujah di kedai kopi! Hahahah.. nasib baiklah engkau lebih tua dari aku, aku hormat, kalau tak, mmg terlondeh kau tadi...
Cuba bayangkan, pok luvbite (dibaca lebai) ni dok memperjuangkan qazaf dalam kes liwat saiful. Dia kata Saiful wajib kemukakan 4 orang saksi. Ini hukum Islam. Ini hudud. Punyalah semangat pak lebai ni... muka merah padam berhujah. Adoiiiyaaaaaaa.... nak je GT henjut dengan buah Harimau Terkam Muka... GT duduk meja sebelah dia, so, dengar je le...hehehehe... Dalam isu liwat, Saiful adalah mangsa. GT ulang, Saiful adalah mangsa. Bagaimana untuk Saiful tegakkan keadilan untuk dirinya? Qazaf? Tahu ke pakcik ni bagaimana cara nak menggunapakai Qazaf nih? Alahaiiii... PAS... oh.. PAS...
Bila kita terangkan nanti, dia kata kita menentang hukum Islam. Dia kata kita tolak hukum Allah yang menetapkan Qazaf sebagai cara pembuktian sesuatu jenayah itu berlaku. Walhal, dia tu yang tak faham. Tapi ye la.. Ostat yang gtau dia... mestilah betul. GT nih? songkok pun jarang pakai, apatah lagi serban!
Hairan... punyalah ramai ostat dalam PAS itu, takde satu pun berani menceritakan bahawa tuntutan Qazaf yang dibuat oleh Anwar terhadap isu liwatnya adalah tidak tepat. Penakut rupanya diorang nih..
Ohhh... PAS pun dah berani menyembunyikan kebenaran dari rakyat yeee.. mana prinsip keadilan Islam yang diperjuangkan?
'Ohhh... PAS pun dah berani menyembunyikan kebenaran dari rakyat yeee.. mana prinsip keadilan Islam yang diperjuangkan?...'
ReplyDeleteSebiji beb dengan sikap orang2 Yahudi dan ahli kitab yang menyelewengkan dan menyembunyikan ayat2 kitab Allah....saperti yang diperkatakan Allah dalam Al Qur'an.
Pakaian Islam yang menutup aurat je beb..tak lah disuruh kita meniru2 pakaian dan budaya arab lak.
wallahuwa'lam