Kehkehkehkehkeh...
Lucu bila perhatikan sikap orang yang suka berbohong. Kadang-kadang nak buat "damage control", last-last jadi mengarut-ngarut. Baru je artikel GT pukul 9.30 tadi menyentuh isu ini, rupanya sahabat blogger telah membongkar satu lagi strategi nak cover malu.
Itulah yang berlaku kepada sesiapa yang cuba berbohong. Gelarlah apa pun, penulis tersohor, orang lama atau otai penulisan, namun apabila berbohong, maka berhak untuk kita pertikaikan kredibilitinya.
Inilah politik. Asal tujuan tercapai maksud, tulisan bukan kosong, menulis dengan propaganda. Namun pabila menulis berdasarkan pembohongan, mengeliat-geliat dan tersipu-sipu menanggung malu. Kesimpulannya, jangan menipu.
Bahayanya menipu ini sudah dijelaskan oleh orang-orang terdahulu melalui peribahasa "siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri". Itu amaran, bermakna harus dilihat dari konteks yang lebih besar. Peribahasa itu pun bukan kosong2. Bak kata-kata orang terdahulu juga "tak tumbuh, tak melata, tak sungguh, orang tak kata".
Dunia... Dunia...
Sahabat blogger membongkar lagi tentang MSO, DISINI.
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!