Bersama Berjuang

Wednesday, April 6, 2011

MEMBANGUN DGN KEKERASAN!!! GANGSTERISM PAS TAHAP MEMBUNUH???

KANGAR, 5 April (Bernama) -- PAS Perlis memohon maaf kepada rakyat Malaysia ekoran kematian seorang pelajar tujuh tahun dua hari lepas yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz yang berlaku di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini.

Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin berkata pihaknya juga memohon maaf kepada kaum guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis ketika menyiasat kes kecurian.

"Kejadian ini sesuatu yang amat memeranjatkan setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti," katanya selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis di sini Rabu.

Hashim, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang berkata PAS Perlis berharap proses siasatan dan perbicaraan dilaksana secara rapi dan mendalam bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak terbabit.

Pengerusi Lembaga Tadbir sekolah itu, Rus'sele Eizan berkata, pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti itu beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar.

Ketua Umno Bahagian Arau Datuk Seri Shahidan Kassim berharap sekolah agama rakyat seperti itu melantik hanya guru-guru bertauliah bagi mengelak kejadian seumpama itu daripada berulang.

"Setiap guru yang dilantik perlu melalui proses latihan perguruan meskipun mereka memiliki kelayakan akademik yang tinggi," katanya. - BERNAMA

GERAKAN TIMUR:
Membangun dengan kekerasan....  Itulah PAS!!!  TBH diperjuangkan, arwah adik saiful bagaimana???  Apakah pembunuh ini akan dimaafkan juga???

5 comments:

  1. babi punya ustaz mrangkap warden tu.. takde hotak ke? hotak letak kat lutut ke, kat bontot ke, kat kandang babi kot?

    kalau nak buli, pilih sama saiz.. stakat nak buli budak 7 tahun, nak blagak bagus, blagak islamik, kepala hotak ko ustaz / warden babi..

    silap2 nnt ngaku kurang siuman atau ada sakit mental pulak supaya dpt mngelak kena hukum.. al maklum le, denial syndrome yg diplajari dr al ustaz pintu blakang

    ReplyDelete
  2. bangang tak bertempat..

    kalau ye pun budak tu kene tuduh mencuri, tapi, budak kot, tanya elok2...pujuk....mesti lembut hati die..ni tak,hukuman kejadah hapa sampai meninggal budak tu... adoi, otak letak kat pala lutut....

    geram betul aku

    -sh-

    ReplyDelete
  3. nik ajis kan ada dia boleh maafkan kesalahan yang berat kepada ahli pas. mlm ni nik ajis akan adakan solat istikharah minta petunjok dr ALLAH confirm esok dia akan kata ALLAH dah ampunkan dosa Ustaz yg bunoh pelajar tu.

    mak jah

    ReplyDelete
  4. oiiiiiiiii.......akhbar harakah n harakah daily why berita murid sekolah yang dipukul sampai mati ni keluar dalam harakah n harakah daily ciput je. aku rasa kalau guru sekolah kerajaan yang buat kerja ni mesti kluar beritanye front page and minta tubuhkan surohanjaya diraja buat siasatan

    minah ronggeng

    ReplyDelete
  5. Apa susah, Nik Aziz akan kata "Tuhan dah ampunkan dah"

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...