GT ucapkan tahniah kepada pihak penganjur yang telah menjayakan program SSDE malam tadi. Kali ini, GT cuma mampu katakan bahawa penceramah malam tadi sgt WOW! Dato' Amiruddin, Khairul Anuar mahupun Ummi, mmg kelas!
Hadirin sedikit pun tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing. Itu petanda betapa mantapnya performance.
Pujian kepada penganjur kerana berjaya menarik ramai hadirin. Penuh. Padat. Sehinggakan penganjur terpaksa menambah kerusi untuk menampung jumlah kehadiran di luar dugaan. Anda boleh lihat foto-foto menarik pada posting GT pada jam 12 tadi. Ini secara tidak langsung menunjukkan promosi dilakukan dengan baik.
Yg paling menarik, lokasi ceramah bersebelahan dengan markaz PAS. Markaz dengan lampu terbuka, maknanya puak2 ni pun sedang mendengar dari dalam... malu tapi mahu.. huhuhuhuhu... terdapat juga yang parking duduk jauh-jauh, nun di sebalik pokok pisang di tepi jalan. Skrin layar putih menjadi tatapan mereka!
Tahniah Dato' Amiruddin dan jentera DUN Jeram, cuma kalau boleh GT mencadangkan, lain kali tambah khemah lagi, kot-kot katak panggil hujan.
Dan semestinya sessi ceramah ini wajib diteruskan, kerana UMNO masih dalam usaha untuk mendidik ahlinya hadir ke ceramah, dan ceramah ini pastinya dihadiri oleh atas pagar dan puak belah sana.
SELANGOR BANGKIT!!!
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!