HIDUP...!!!
HIDUP...!!!
HIDUP RAKYAT...!!!
UNDUR...!!!
UNDUR...!!!
UNDUR ANWAR...!!!
MELALUI KETUA POLIS DAERAH KLANG UTARA
KEPADA YANG DIHORMATI TAN SRI KETUA POLIS NEGARA
MEMORANDUM RAKYAT
SKANDAL VIDEO SEKS AHLI PARLIMEN MALAYSIA
KEPADA YANG DIHORMATI TAN SRI KETUA POLIS NEGARA
MEMORANDUM RAKYAT
SKANDAL VIDEO SEKS AHLI PARLIMEN MALAYSIA
PENDAHULUAN
Isu video seks yang dikaitkan dengan pemimpin utama PKR telah mengoncang politik tanah air. Ini bukan pertama kali skandal video seks berkumandang dikalangan Ahli Parlimen Malaysia. Yang beza nya pada kali ini ia dikatakan melibatkan seorang tokoh pemimpin politik Melayu Islam yang merupakan juga Ketua Pembangkang Di Parlimen. Namun oleh kerana video ini hanya ditayangkan kepada beberapa individu wartawan, ia telah membangkitkan rasa curiga rakyat terhadap Institusi Parlimen Malaysia.
PENGESAHAN POLIS
Rakyat mengalu-alukan kenyataan Ketua Polis Negara yang mengesahkan bahawa video itu adalah tulen. Pengesahan itu dibuat oleh pakar profesional yang dilantik minggu lalu oleh Jawankuasa Penyiasat PDRM untuk membuat kajian terperinci mengenai video ini.
TAYANGAN KEPADA SELURUH AHLI PARLIMEN
Ahli Parlimen Malaysia tidak harus apologetik dan jijik untuk menonton video dokumentari istimewa ini. Mereka semua adalah wakil rakyat dan mereka bertanggungjawab untuk berkata benar kepada rakyat. RAKYAT sangat berminat terhadap kebenaran.
Tentunya mereka tidak boleh berkata benar dalam isu ini jikalau mereka bercakap berdasar kenyataan kabur, khabar angin, andaian dan bukti hearsay. Apatah lagi dengan tuduhan bahawa subjek didalam video itu adalah Ahli Parlimen seperti mereka.
Oleh yang demikian tidak keterlauan jikalau MEMORANDUM RAKYAT mendesak video ini wajar ditayangkan kepada semua wakil rakyat untuk mereka melihat dengan bukti jelas dihadapan mereka siapakah kalangan mereka yang telah melakukan aksi seks dengan pelacur yang mencemar Institusi Parlimen Malaysia. Ahli Parlimen Malaysia harus bersih dari rasuah, salahguna kuasa dan skandal Seks.
SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA
Oleh kerana kes ini adalah amat luar biasa, seluruh lensa media antarabangsa sekali lagi akan tertumpu ke negara ini. Tidak ada cara lain untuk pihak berkuasa bersifat telus dan adil dalam kes ini kecuali dengan menubuhkan SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA. MEMORANDUM RAKYAT mencadangkan Presiden PAS, Presiden PKR dan Setiausaha Agung DAP dijemput menjadi Ahli Suruhanjaya ini.
Memorandum dari
RAKYAT PRIHATIN SELANGOR (RPS)
GAGASAN ANTI PENYELEWENGAN SELANGOR (GAPS)
RAKYAT PRIHATIN SELANGOR (RPS)
GAGASAN ANTI PENYELEWENGAN SELANGOR (GAPS)
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!