Bersama Berjuang

Sunday, March 27, 2011

TUAN IBRAHIM WAJIB BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN KERANA BELIAU ADALAH PEMIMPIN YANG BERANI!!!


Tidak mahu bertanding???  GT harap akan lebih byk pencalonan untuk Tuan Man Tuan Ibrahim supaya menang jawatan timbalan presiden PAS.  Ini kerana reverse psychology yang digunakan olehnya adalah demi menutup kelemahannya di PRK Merlimau dan Kerdau.  

Dia tidak boleh mengumumkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden berikutan kekalahan di Kerdau masih lagi panas. Pastinya ia bakal diceritakan lagi pada pemilihan akan datang sebagai modal utama kem "sebelah sana" membalun kredibilitinya.

Terlalu pahit untuk diceritakan lagi, namun ahli PAS terutamanya di sebelah Pahang tahu apa yang sebenarnya berlaku di Kerdau.  

GT mmg berharap agar dia bertanding, kerana PAS memerlukan pemimpin yang "berani" sepertinya, yang bakal meletakkan PAS jauh kehadapan.  Dan ini pastinya akan menggentarkan BN Pahang sekaligus merampas negeri Pahang dengan "aura keberanian" tahap 7 petala langit yg ditunjukkannya di Kerdau.  

Jom pakat-pakat beritahu cwgn PAS agar mencalonkannya, demi kelangsungan perjuangan syumul Isle PAS!!!  

Kite bakor.. kite bakor.. 

Hehehehehehe....

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...