Bersama Berjuang

Monday, March 28, 2011

TOK HIM: AGENDA NASIONAL HARUS SELARI DGN ARTIKEL 13 PERLEMBAGAAN


Presiden Perkasa, Tok Him berkata bahawa GTP seharusnya selari dengan artikel 153 Perlembagaan dengan tidak mengenepikan hak istimewa orang Melayu.  Perkasa melihat GTP masih punya kekurangan dalam memastikan hak melayu terus terjamin dari segi ekonomi.  

“Hak tetap hak,” kata beliau pada akhir Konvensyen Transformasi Ekonomi Bumiputera anjuran Perkasa di sini hari ini.

Hak merujuk kepada perjuangan nasionalis Melayu menentang Malayan Union, yang menyaksikan hak istimewa orang Melayu dipertahankan melalui konsensus kontrak sosial yg dicapai ketika kemerdekaan.

Kontrak sosial pula sebenarnya adalah "semangat" perlembagaan, yg akhirnya menyaksikan teras kontrak sosial diasimilasikan ke Perlembagaan; asas pembinaan negara. 

"Kaum Melayu lebih baik tinggal di bawah pentadbiran penjajah jika Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak istimewa mereka diketepikan dan terhakis," kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.
Orang Melayu tidak pernah menghalang kaum lain untuk sama-sama meraih kemakmuran bumi Malaysia.  Namun, masing-masing punya hak yang termaktub rapat yang seharusnya dihormati antara satu sama lain.

1 comment:

  1. perlembagaan wajib dipatuhi,hak melayu dan bumiputera jangan sentuh malah diperkasakan setiap masa,jgn sebab nak undi digadaikan hak ini.ingat ,orang melayu memerhati perkara ini......

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...