Bersama Berjuang

Monday, March 28, 2011

PRINSIP ISLAM: DGR DARI KEDUA-DUA PIHAK. MENGAPA PAS MENOLAK?


GT selalu terfikir mengapa PAS, apabila berlakunya satu isu, tidak mahu mendengar dari kedua-dua pihak.    Paling jelas, kes Saiful Bukhari.  PAS lebih senang mendengar kelentong Anwar.  Mengapa PAS tidak mahu memberi peluang kepada diri mereka sendiri, agar mendengar cerita dari Saiful.  

Berdegar-degar dengan slogan membangun bersama Islam, disahut pula dengan lafaz pujian membesarkan Allah yang Esa, namun dari konsep pemahaman dan penerimaan prinsip Islam tidak pula diaplikasikan dalam konteks isu liwat Anwar terhadap Saiful. 

Terbaru, Nalla yang selama ini memegang rapi rahsia Anwar sudi untuk bertemu dengan PAS, dengan harapan agar ceritanya menjadi pertimbangan agar PAS tidak terus dikeldaikan oleh PKR.  Ini sudah tentu melibatkan agama Islam dan orang Melayu.  Bukan itu sahaja, ia juga melibatkan seluruh rakyat yang bernaung dibawah panji Jalur Gemilang.  

Sekali lagi, pendekatan tidak mahu mendengar dari sebelah pihak menjadi pilihan PAS.  Mat Put, Abg Din P, malah Idris Ahmad menyatakan nada yang hampir sama, tidak mahu melayan hasrat Nalla itu.  Sinisnya mereka berkata mereka "kenal" akan Nalla.  Bagaimana pula dengan Anwar?

Di manakah prinsip Islam, iaitu dengar dari kedua-dua pihak, diletakkan seperti yang mereka laung-laungkan?  Malang bagi penganut PAS kerana dihalang dari berfikir secara waras.  Jiwa "totok" yang telah meresapi mereka adalah acuan dari pemimpin2 mereka.  Kesetiaan itu penting, namun kebenaran itu lebih penting.  Lebih2 lagi dalam menentukan pemimpin, apakah sanggup dipimpin oleh manusia yang Nabi tidak mengaku umat?  Nauzubillahiminzalik!!!

Terbuktilah bahawa PAS hanya menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka semata-mata.  Islam hanyalah alat, walhal hati mereka tidak berani berhadapan dengan kebenaran!!!

Adakah ini melayakkan kita menggelarkan mereka, MUNAFIK???

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...