KUALA LUMPUR: Kajian sebuah universiti tempatan mendapati 65.6 peratus kakitangan awam kerajaan Selangor tidak gembira dengan pemerintahan kerajaan negeri itu kerana tidak yakin dengan dasar yang diamalkannya.
Penjawat awam negeri itu juga menganggap tiada perubahan besar dalam politik kerajaan Selangor sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, sekali gus menyebabkan mereka tidak suka pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR)- Pas memerintah Selangor semula.
“Sebanyak 76.3 peratus daripada 720 responden yang disoal kecewa dengan situasi politik semasa kerana pemimpin politik negeri kurang menumpukan perhatian atau tanggungjawab untuk mengurus dan memajukan sumber ekonomi negeri secara menyeluruh.
“Malah, tahap kepercayaan terhadap internet dan blog, masing-masing 26.1 dan 22.4 peratus, mengatasi kepercayaan terhadap pemimpinnya iaitu hanya 20.8 peratus,” katanya.
Soal selidik bertajuk ‘Pemerintahan Pakatan Rakyat: Kajian Pungutan Pendapat di Kalangan Kakitangan Awam Selangor’ itu membabitkan 720 responden kakitangan awam di Selangor merangkumi penjawat persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Kajian UKM dapati 65.6 peratus tidak yakin dasar dilaksana kerajaan Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!