Kenyataan Media
Rakyat terkejut dengan polemik terbaru ketua pembangkang apabila video aksi adengan ranjang dibongkar dan ditayangkan kepada pihak media beberapa hari lalu. Video seks ini tampil dengan banyak kemusykilan yang menjadi tanda-tanya kepada rakyat.
Penafian Anwar Ibrahim adalah tepat. Masakan ada orang mahu mengaku dia berak di tengah jalan.
Namun apabila video itu menampilkan seorang Lelaki Y yang dikatakan ketua pembangkang, GAPS berpendapat isu ini harus diuruskan secara komprensif.
Kes Teoh Beng Hock membuktikan sikap acuh tidak acuh kerajaan dalam menangani isu kepentingan rakyat sebenarnya merugikan semua pihak.
GAPS bimbang pasukan khas polis yang menyiasat isu ini seperti yang umumkan oleh Menteri KDN semalam sebenarnya akan mengulangi kesilapan masa lalu.
GAPS mendesak kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat dan menguruskan isu ini.
Suruhanjaya ini harus membongkar isu ini secara telus dan tulus agar keyakinan rakyat kepada institusi negara, sivil dan demokrasi di negara ini akan terus mengakar.
Isu video seks ini sebenarnya akan mematangkan kepimpinan politik dinegara ini kearah melahirkan pemimpin negarawan yang berjiwa besar dan bersih dari kacau bilau penyelewengan kuasa, korupsi dan salah laku peribadi serta mempunyai akhlak dan peribadi yang unggul.
Hamidzun Khairuddin
Pengerusi
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
23 March 2011
salam Bro GT,
ReplyDeleteMohon dilink ke blog Tuan
http://pemudatg1.blogspot.com
(Modestos)
Terus Berjuang Bro....
Pemuda TG,
ReplyDeleteSetel..