Bersama Berjuang

Saturday, March 26, 2011

LAPORAN PENUH SSDE DI TAMAN BANTING BARU MALAM TADI!!!

Aksi Khairul Anwar Saimun
SSDE yang berlangsung di Taman Banting Baru malam tadi menyaksikan khemah yang disediakan tidak mampu menampung jumlah kehadiran penonton.  Petanda positif apabila kehadiran melebihi jangkaan.  

Namun terdapat unsur sabotaj apabila majlis terpaksa dimulakan agak lewat, sekitar jam 10.00 malam.  

Khairul Anwar Saimun, berjaya membuka selera penonton dengan ceramahnya yang bermaklumat dengan menyentuh isu-isu setempat seperti tragedi 1 Malaysia di Banting.  Corak perbandingan dan bahasa yang digunakan cukup mudah difahami hadirin.  Sesekali lontaran vokalnya membakar semangat hadirin yang diraikan dengan tepukan gemuruh.  Namun masa tidak mengizinkan untuk beliau berbicara lebih lama.  

Ummi Hafida???  Mmg dinantikan oleh penonton.  Sekitar 300 yang hadir, dan tiada seorang pun yang berganjak dari tempat duduk sehinggalah Ummi habis berceramah.  

Corak pendekatan berbeza dari SSDE sebelum ini yang mana terdapat penceramah yang mampu memberi penerangan tentang isu-isu semasa dengan effektif.  Dan malam tadi, ia tugas Khairul Anuar.  Strategi baru, yang mana sebelum ini kebanyakkan penceramah lebih kepada tugas "membalun".  

Kepada warga UMNO Taman Banting Baru, GT ucapkan syabas dan SSDE kendalian anda malam tadi berjaya!!!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...