Bersama Berjuang

Thursday, March 10, 2011

KASIHAN SOBERI SHAFII... TIBA-TIBA MUNCUL DAN... GILA!!!


GT tgh sedap membalun C.I.B.U.T.  Sedap melahap lauk di depan mata.  Kerna apa?  Kerna dia memalu gendang perang terhadap blogger.  Nikmat membalun terhenti, akibat dari hati yang sakit apabila membaca tulisan pecacai ntah dari mana datangnya.

Keupayaan UMB harus dipuji kerana banyak info dapat dimengerti oleh seluruh rakyat terutamnya ahli-ahli UMNO yang tegar, kejayaan UMB berperang dengan blogger yang pro pembangkang sangat berjaya seperti di PRK Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau sehingga menyulitkan pihak pembangkang untuk mempengaruhi rakyat, kalau diharap kepada blogger upahan sudah pasti undi UMNO/BN akan bertambah merosuk.

GT tidak dapat menerima kenyataan ini berikutan terbabit dalam dua PRK iaitu Tenang dan Kerdau.  GT melihat sendiri betapa blogger pro kerajaan berjaya menelanjangkan PAS dari segala aspek sehingga undi majoriti BN meningkat.  Jgn ditanya waktu mereka bekerja, kerana mereka akan bekerja selagi mata terbuka.  Jgn ditanya komitmen mereka, kerana selagi berperang, mereka akan berperang tanpa mengenal penat!!!

Tak salah memuji UMB, kerana masih ada sumbangan yang mereka berikan.  Namun apabila ia  secara keterlaluan tanpa berpijak di bumi yang nyata, ia menimbulkan syak. Kelibat Soberi yang muncul entah dari gua mana sebenarnya menjadi tandatanya.  Beliau cuba campurtangan dalam isu yang sukar utk dimengertikan.  Dia tidak mempunyai kapasiti atau kelayakkan untuk berbuat demikian.  Maaf, bukan niat GT untuk meletakkan seorang itu pada satu-satu martabat atau taraf, tetapi dalam soal ini, biarkan yang lebih arif untuk menulis. 

Adakah beliau dibayar untuk berbuat demikian?  

Bergelumang di dunia cyber membuatkan GT berhati-hati apabila menulis.  Kerana fakta berada di tangan blogger.  Silap tulis, hentamanlah menjadi makanannya.  Tetapi Soberi nampaknya menulis tanpa fakta, ibarat sekadar mengikut terjahan oleh tuannya.  Tulisannya pincang, disebabkan tidak mahu membuat homework atau research.  Adakah terlalu sukar untuk dia membuat sedikit homework?  Atau sengaja menulis sedang isinya sudah tersedia?

Dan sepanjang GT berjuang di PRK, tiadapun nama UMB disebut untuk mendapatkan dana, keperluan dsb.  Bagaimana manusia bernama Soberi ini dengan yakin bersuara bahawa duit dari UMB menjadi puncanya?  Bukankah ini tuduhan dari seseorang yang sakit hati kepada blogger tanpa tuan ini? Tujuannya adalah untuk melabelkan blogger tanpa tuan sebagai mata duitan!!!

GT tidak mahu komen pasal UMB.  Ini kerana GT tidak pernah mengalami nasib seperti yang GT dengar dari sahabat blogger yang lain.  Kerana apa?  Kerana GT tidak pernah berjuang bersama mereka.  Cuma yang ingin nyatakan kepada anda semua pembaca yang bijaksana, GT merasa bertuah dan bersyukur diterima baik oleh bloggers pro kerajaan spt GAP, Parpukari, Gomo, Medan Info Kita, RBF,  Pisau,net dan byk lagi.  Gerak kerja berpasukan, berpenat lelah, brainstorming dan semangat setiakawan yang wujud membuat GT betul2 respek pada mereka.  Dan sepanjang bersama mereka, tiada sesaat pun GT rasa dipinggirkan!  UMB?  GT tidak tahu!  Biarlah mereka yang punya pengalaman bercerita.  Anda nilailah sendiri!

Hasil tulisan Soberi Shafii menyerlah pemikirannya.  Di jari jemarinya seolah-olah dikawal seperti puppet.  Persetankan berapa pun umurnya, kerana umur tidak menjamin keupayaan paradigma untuk berubah.  Kasihan.  Bodohnya tahap piang!!!  Melantun-lantun!

Dan daya intelektual rakyat telah direndah-rendahkan oleh sebuah akhbar yang kononnya berpendirian neutral dengan menyiarkan standard penulisan tanpa fakta untuk tatapan.

2 comments:

  1. As'salam

    Sukacita dimaklumkan blog tuan telah dilink dlm blog angin laut china selatan. Alangkah gembiranya jika tuan dapat membantu rakan seperjuangan dengan linkkan blog tersebut diblog tuan . tkasih daun keladi..
    http://anginlautchinaselatan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. sepangguh,

    settled!

    Teruskan perjuangan!

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...