Kenyataan Media
Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim Harus Letak Jawatan
Feb 2009 rakyat Selangor Darul Ehsan di sajikan dengan skandal gambar bogel Elizabeth Wong, seorang EXCO Kerajaan Negeri Selangor. 1 malaya heboh ketika itu bagaimana seorang EXCO kanan di Selangor terlibat dengan skandal gambar bogel yang memalukan Negeri Selangor.
Minggu ini kita rakyat Selangor dikejutkan lagi dengan skandal seks. Kali ini video seks pula. Datuk T menyatakan pelakon utama dalam video seks ini adalah seorang pemimpin kanan PKR yang juga Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor.
Malang untuk rakyat Selangor kerana PKR, parti utama yang memerintah Selangor adalah sebuah parti yang berbaur seks. Kalau di Barat tentu parti yang sebegini akan tersungkur diatas takhta.
Video seks ini tampil dengan banyak kemusykilan yang menjadi tanda-tanya kepada rakyat Selangor . Mungkinkah benar lelaki dalam video itu adalah Lelaki Y yang sekarang ini sangat popular di mahkamah kerana kes Liwat?
Kepada Datuk T dan Pasukan Polis yang menyiasat kes ini, rakyat Selangor sangat berharap buka lah video itu untuk tatapan umum rakyat Selangor. Kami rakyat Selangor mempunyai hak untuk menonton video itu kerana ia melibatkan maruah pemimpin ekonomi negeri kami. Selangor adalah sebuah negeri demokrasi yang mengamalkan hak-hak kebebasan seperti mana yang termaktub didalam perlembagaan Persekutuan. Kami rakyat Selangor mahukan kebenaran.
Kalau pada pandangan kami, lelaki itu adalah lelaki Y, maka ia merupakan satu kemaluan yang amat besar untuk seluruh rakyat negeri Selangor.
Sebelum ini Khalid Ibrahim MB Selangor telah menderhaka kepada DYMM Sultan Selangor, MB juga terlibat dalam skandal kewangan dan salahguna kuasa Yayasan Selangor, PKNS, Talam Corporation dan 100 bilik di hotel Armada. Kini MB berganding bahu pula bersubahat dengan pelaku aksi video Seks.
Oleh yang demikian Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mendesak Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dan Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor. Mereka perlu bertaubat.
Hamidzun Khairuddin
Pengerusi
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
26 March 2011
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!