Bersama Berjuang

Thursday, March 31, 2011

ARMAND PERKASA! BERJUANG DAN TERUS BERJUANG!

Gempar apabila Armand Azha meletakkan jawatan sebagai Ketua Wira Perkasa Malaysia.  Perkasa bakal kehilangan pemimpin muda yang vokal dalam memperjuangkan tujuan dan matlamat penubuhannya.  

Seperkara yang menarik bagi Armand ialah beliau muncul dengan imej radikal, dan tidak pernah bertolak ansur andai Perlembagaan diperkotak-katikkan.  Dgn imej radikal itulah yang menyebabkan cukup disenangi oleh golongan muda Melayu dan dibenci oleh chauvinist dan pro hindraf!  

Masa berubah, dan keadaan berubah.  Dalam memperjuangkan hak agama, bangsa dan negaranya, dia menyedari sesuatu yang penting dan wajib ada untuk melakukan perubahan, atau mengekalkan kemakmuran rakyat berbilang bangsa di negara ini.  

Ramai yg membuat spekulasi tentang pengundurannya.  Antaranya bertelingkah dengan Tok Him, masalah dalam Perkasa dan sebagainya.  Armand menafikan khabar2 angin ini, dengan menyatakan bahawa beliau berpendapat NGO tidak dapat memenuhi tujuan dan matlamat tanpa kuasa politik.

Bagi GT, Armand telah menyampaikan satu mesej yang paling penting kepada seluruh anak Melayu, iaitu pentingnya kuasa politik dalam menentukan survival Islam dan Melayu di dunia ini. 

Semoga anak-anak Melayu mengerti maksud tersirat perletakkan jawatannya.  GT mengucapkan selamat maju jaya kepada Armand, dan tetap berdiri teguh menyokong beliau selagi agama, bangsa dan negara menjadi tunjang perjuangannya. 

Berjuang dan terus berjuang, sahabat!

1 comment:

  1. ada orang kata armand hadir di majlis solat hajat untuk bung nuar di stadium melawati baru - baru ini...so whats next..kemana halatuju armand?...mohon penjelasan

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...