Bersama Berjuang

Wednesday, February 23, 2011

SEPETANG BERSAMA KELAB SAGA MERU ANJURAN PEMUDA UMNO MERU





KP UMNO Bhgn Kapar, Tn. Hj Roslee dan Timbalannya, Ustaz Azizi



Timb. Penyelaras DUN Meru, Tn. Hj. Sukaiman


Barisan Kepimpinan UMNO Kapar bersama ahli Kelab Saga Meru
Ahad lepas, GT dapat sms sahabat dari DUN Meru.  Ada program pemuda katanya.  So, apa ada hal, cover story untuk UMNO, janji untuk BN!!!

Program Sepetang bersama Kelab Saga Meru ini bertujuan untuk menjalin hubungan baik diantara Pergerakan Pemuda UMNO Meru dengan golongan muda.  Kelab Saga Meru aktif menyertai perlumbaan2 litar samada di Pasir Gudang atau Sepang.  

Timb. Penyelaras DUN Meru, Tn Hj Sukaiman dalam ucapannya memuji aktiviti ini yang disalurkan kepada cara yang betul, berlumba di litar dan bukannya di jalanraya.  Ia selaras dengan kemahuan orang muda masakini yg gemarkan aktiviti mencabar seperti bidang permotoran ini.  Sebagai tanda sokongan, UMNO DUN Meru melalui Pejabat Penyelaras Persekutuan DUN Meru telah memberi sumbangan sebanyak RM3000.00 kepada Kelab Saga Meru yang akan bertanding di Pasir Gudang pada 5 dan 6 Mac depan.  

Turut hadir ialah KP Pergerakan Pemuda UMNO Bhgn Kapar, Tn. Haji Roslee bersama Timbalannya, Ustaz Azizi Ishak.  Tn. Haji Roslee bermurah hati untuk menanggung kos minum petang berkenaan.  Anak buah, kena jaga. hehehehe...


No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...