Pentas dimulakan dengan bacaan doa dan kemudian diikuti dari ucapan dari Penyelaras DUN Sri Andalas, Pn. Komala.
Pengerusi GAPS, Sdr Hamidzun memulakan sayembara dengan isu perlantikan Datuk Khusrin. Beliau memberitahu pada warga Sri Andalas bahawa setahun sebelum Dato Ramli bersara, nama-nama telah dihantar kepada Khalid Ibrahim untuk disenaraipendekkan. Namun, Khalid tidak peka kepada senarai ini yang menyaksikan nama-nama ini kemudiannya dihantar untuk perkenan Tuanku Sultan. Ini menunjukkan bahawa Khalid tidak "alert" kepada tugasnya. Perkara ini dipolitikkan untuk menutup kelemahan dirinya sebagai MB. Khalid langsung tidak menghormati SUK yang baru sebagai ketua penjawat awam Selangor dan ini adalah satu penghinaan kepada semua penjawat awam di Selangor.
Selain itu, Sdr Hamidzun juga menyentuh tentang isu pembiayaan kos perbicaraan Suhaimi Penderhaka oleh Kerajaan Negeri. Hamidzun berkata bahawa tidak mustahil ia akan melibatkan jutaan ringgit andai kes ini mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Tambahan pula, Majlis Peguam baru-baru ini menafsirkan bahawa yuran guaman dijangka meningkat 400%. Pembiayaan si penderhaka yang menggunakan duit RAKYAT SELANGOR!!!
KP UMNO Selangor yang baru, Ungku Salleh menyambung sessi dengan penuh bersemangat. Beliau mendedahkan kepincangan pentadbiran Khalid. Beliau menyangkal nama "Pakatan Rakyat" kerana ia tidak berdaftar seperti Barisan Nasional. Oleh itu, PR lebih layak dipanggil Pakatan Haram.
GT berpuas hati dengan performance KP UMNO ini yang tampil dengan garang membelasah rejim Khalid. Momentum ini wajib dipertingkatkan dengan harapan dapat mengembalikan kehebatan Pemuda UMNO seperti masa lampau.
GT tidak berkesempatan untuk membuat laporan penuh berikutan terpaksa bergerak ke satu lagi lokasi SSDE iaitu di Pendamaran Jaya. Laporan SSDE Pendamaran Jaya akan dibuat selepas ini.
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!