Bersama Berjuang

Sunday, January 30, 2011

PANASSS!!! 2 AHLI PARLIMEN PKR AKAN KELUAR PARTI!!!


Malam tadi, GT telah mendapat maklumat bahawa terdapat 2 lagi orang kuat PKR akan keluar parti dalam masa terdekat.  

Baca tulisan di bawah ini, yang GT ambil dari blog The Unspinner:

GEMPAR: Ada dua lagi MP PKR akan umum keluar!!!

Akhirnya bagai dijangka, gerak Anwar dan Azmin untuk menendang saki baki penyokong Zaid Ibrahim dan suara penentang dalam PKR beroleh keputusan yang dijangka.

Kali ini, Mustapha Kamal telah diberi surat tunjuk sebab. Gobala telah mengumumkan pengunduran dari PKR semalam.

Akhirnya tinggal Cikgu Bard saja suara yang menentang penyelewengan dalam pemilihan PKR baru-baru ini. Dia seorang tidak akan cukup kuat untuk menuntut siasatan kepada pembohongan dan manipulasi yang dilakukan Anwar untuk meletak Anwar dan cainya ke tempat tertinggi PKR.

Satu SMS diterima dari sumber kami dalam PKR:

Bro, pengunduran Gobala is just the beginning of another wave. Ada lagi AP dey dan ado lagi AP jang yang akan keluar sekejap masa lagi.

Gobala tidak akan memberi impak sangat kepada PKR kerana dia memang satu binatang yang susah untuk dijinakkan.

Siapa pula dua lagi yang disebut sebagai "ada lagi AP dey" dan "ado lagi AP jang"?

Adakah maksudnya seorang AP dari kaum India dan seorang lagi AP dari Negeri Sembilan akan umum keluar PKR dalam masa terdekat?

Sekejap masa lagi?

Ini pasti akan menggoncangkan Pakatan yang berhadapan dengan kempen yang merudum dibeberapa hari akhir sejak pendedahan demi pendedahan Mala dan suami merosakkan reimaging dan rebranding yang telah mereka buat terhadap calun mereka.

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...