Bersama Berjuang

Sunday, January 30, 2011

LIVE PRK TENANG: BANJIR !!! BANJIR !!! BANJIR !!!


Info terbaru yang diperolehi menunjukkan bahawa 69 % pengundi Tenang telah menjalankan kewajiban masing2.  

Kami bloggers jalanan terpaksa melarikan diri dari kawasan Labis berikutan air sungai yang melimpah menyebabkan banjir di kawasan Labis.  Terima kasih kepada petugas-petugas BN, anak-anak muda BN yang memberi pertolongan kepada kami dalam misi menyelamatkan diri ke kawasan selamat.  

Kelihatan beberapa trak polis sudahpun memasuki kawasan Labis bagi memberi bantuan pemindahan anggota dan juga orang awam.  

Lebih serius, di kawasan2 rendah di Felda, Tenang Station dan Paya Merah, pihak keselamatan terpaksa menggunakan bot dan sampan bagi memindahkan penduduk dan menghantar pengundi yang masih belum membuang undi.  

Kepada semua, sahabat2 blogger, rakan2 dan juga penduduk di DUN Tenang dan sekitarnya,  Sila jaga keselamatan anda.

Mohon doa dari seluruh rakyat Malaysia agar tiada apa-apa insiden buruk yg berlaku, dan hari pengundian dapat berjalan dengan jayanya...

Nantikan berita terkini di Gerakan Timur..

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...