Bersama Berjuang

Saturday, January 8, 2011

DATUK KHUSRIN SAH PERLANTIKANNYA - MENGAPA MASIH ADA YANG PERTIKAI???


Datuk Khusrin sudah sah menjadi SUK setelah mengangkat sumpah taat setia dihadapan KDYMM Tuanku Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan. Perlantikan ini juga selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan Perlembagaan Persekutuan - suatu fakta yang pahit ditelan oleh Khalid Gagap.  

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata perlantikan SUK yang baru ini sah mengikut undang-undang.  

KDYMM Tuanku Sultan menitahkan agar semua pegawai kerajaan negeri memberi kerjasama kepada Datuk Khusrin agar perjalanan pentadbiran Negeri lancar dan sempurna.  Ini bermakna, barangsiapa tidak memberi kerjasama, dlm apa jua bentuk, adalah mengingkari titah Tuanku.  Apatah lagi mempertikaikan perlantikan Datuk Khusrin sebagai SUK yang baru.  

Gambar - Ihsan dari Gerakan Anti PKR
Hj Hadi Awang dalam Harakah menyifatkan bahawa perlantikan ini adalah tidak bertamadun dan tidak pernah mengikut undang-undang yg telah digubal.  

Sudahkah Hj Hadi membaca Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Selangor??? Siapa yg Hj Hadi maksudkan tidak bertamadun???  Hj Hadi perlu tahu bahawa perlantikan melibatkan beberapa pihak, termasuklah KDYMM Tuanku Sultan Selangor.  Ini adalah tuduhan yang serius.  Tiada bezanya dengan tuduhan Nizar Komunis dan Kalid Gereja sebelum ini.  

Pasangan liwat Pas, iaitu DAPigs yang terkenal dengan anti-institusi Raja-Raja Melayu juga telah bersuara berkenaan isu ini.  Terbaru, Tony PuaKA yang pernah mempertikaikan diskaun perumahan kepada bumiputra telah membuat kenyataan di lawan facebook nya telah membuat kenyataan spt berikut:

Gambar - Ihsan dari Gerakan Anti PKR
Si PuaKA ini telah berkabung oleh kerana kembalinya kuasa Sultan.  

Nyata, jelas dan terang bahawasanya, merekalah musuh yang nyata, mengapa masih ingin bersekongkol dengan cucu cicit komunis ini???

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...