Tok AI adalah gelaran kepada Azhar Ibrahim. Calon BN ini dikatakan bukanlah calon favorite untuk bertanding di dalam PRK Tenang.
Lahir dari latarbelakang keluarga yg terdiri dari pemimpin2 di Tenang, rupanya telah memberi impak yg sangat besar kepada beliau. Arwah bapanya adalah bekas ADUN di kawasan itu yang telah banyak berjasa kepada penduduk setempat. Oleh itu, budi baik arwah masih lagi dikenang oleh penduduk Tenang sekaligus menerbitkan rasa kepercayaan agar rekod baik dari arwah bapanya terus berkesinambungan.
Lebih dari itu, moyang Tok AI, Tok Tenang rupanya pengasas atau orang yg bertanggungjawab membuka kawasan Tenang. Mengikut sejarah, Tenang dibuka pada tahun 1806 oleh Tok Tenang. Nama Tenang diberi selepas beliau selesai menunaikan solat: dan ketenangan kawasan itu menjadi sebab nama Tenang dipilih. Ada juga versi menyatakan bahawa Tok Tenang telah mendamaikan pergaduhan di antara dua kumpulan. Hasil dari perdamaian dan keadaan tenang yang dicapai, maka kawasan ini dinamakan sebagai Tenang.
Selain itu, Tok AI juga aktif dalam berpersatuan spt GB4B dsb. Beliau rapat kepada penduduk apatah lagi menjawat jawatan ADO. Pasti, pengalaman bertemu ramai orang dan bekerja di sektor awam diharap dapat membantu penduduk Tenang kelak. Inilah perkara yang dimahukan dan diharapkan oleh rakyat, iaitu pemimpin yang boleh memberi perkhidmatan kepada mereka. Bukan yg asyik sibuk dgn politiking dan hasutan semata-mata.
Dari pengamatan GT selama 10 hari, ada juga beberapa perkara yg perlu Tok AI perbaiki spt keramahan dan senyuman agar rakyat tidak tersalah anggap. Mgkin juga Tok Ai terlalu kepenatan lantas GT telah tersilap anggap!!! Dalam sibuk memperkatakan tentang senyuman Tok AI, lensa GT ada snap gambar kandid Tok AI tersenyum. Banyakkan senyum, Tok AI, supaya orang tak kata Tok Ai sombong.
PERSOALANYA SEKARANG:
PERLUKAH GT MENULIS TENTANG CIKGU NORMALA??? RASANYA ANDA SEMUA SUDAH TAHU DAN MENGERTI... KAN??? HEHEHEHE...