Bersama Berjuang

Monday, January 31, 2011

SELEPAS TENANG BHG 1: JABATAN PELAJARAN JOHOR DIKUASAI PAS ???


Cikgu Mala pada ketika ini sedang memikirkan masa depannya berikutan perletakkan jawatannya sebagai pendidik.  Beliau sebenarnya menjadi mangsa kerakusan politik pembangkang, yg akhirnya hilang punca pendapatan sedangkan kerjaya sebagai guru terjamin masa depannya.  Apapun, mmg Cikgu Normala seorang yang suka mengangkat dirinya menjadi pemimpin, andai tidak mengapa beliau mencalonkan dirinya sendiri di mesyuarat PIBG sekolahnya pada 2008???  Psiko bukan???

Hadirnya Normala ke kancah politik sebenarnya menunjukkan kelemahan pentadbiran Kementerian Pelajaran Johor kerana tertulis rapi di akurjanji sebagai guru bahawa mereka tidak dibenarkan terlibat secara langsung dengan parti politik, apatah lagi memegang jawatan Ketua Dewan Muslimah.  Perkara yang GT tekankan disini adalah akujanji seorang guru.  Suka atau tidak, perjanjian tetap perjanjian. 

Mengikut maklumat yang GT terima dari penduduk Tenang, laporan demi laporan telah dibuat berikutan perkara ini namun tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berwajib. 

Persoalan ini harus disiasat dan diteliti sebaik mungkin kerana ini penting bagi memastikan tumpuan penuh guru dalam mendidik anak bangsa.  Saban hari kita kerap mendengar rungutan guru2 yang mengatakan beban kerja mereka semakin meningkat.  Jadi, adalah wajar untuk guru dihadkan dari berkecimpung di arena politik. Apatah lagi mereka berstatus sebagai penjawat awam.

Andai benar laporan-laporan telah dibuat tetapi tiada tindakan dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor, ADAKAH INI PETUNJUK BAHAWA PAS TELAH MENGUASAI JABATAN INI???

4 comments:

  1. kita tunggu dan lihat jer la..ramai org gomen ni yg menyokong pembagkang..

    ReplyDelete
  2. Aku teringat semasa aku sekolah dulu. Ada la sorang cikgu baru tukar dari Terengganu. Dalam kelas pun dok berkempen sampai salah sorang classmate aku yang tanya balik, "Habis Cikgu makan gaji dengan Kerajaan macam mana?" Terkulat-kulat dia jawab antara dengar dan tidak antara nyata dan tidak ntah apa yang dia jawab. Itu dekat 30 tahun dahulu.

    rose

    ReplyDelete
  3. Gred 41 ke atas sahaja yg x boleh terlibat langsung. Cikgu sek.rendah mungkin gred bawah 41.

    ReplyDelete
  4. Kakitangan2 kerajaan yg menyokong pembangkang merupakan contoh terdapat ramainya golongan org Melayu kini yg tidak lg memegang nilai2 murni yg berprinsip,yg seharusnya ada dlm setiap diri manusia lebih2 lg yg beragama Islam. Sekiranya tidak bersetuju dgn dasar kerajaan tidak mengapa tetapi hendaklah berpegang kpd dasar professionalism di mana sebagai kakitangan kerajaan, hendaklah mengikut apa yg sudah termaktub di dlm akujanji. Kerajaan tidak pernah menghalang mana2 kakitangan utk memberi undi kpd pembangkang tetapi dlm hal kerja, kerajaan tegas tidak mahu mencampuradukkan politik sama sekali.

    Justeru, sekiranya terdapat kakitangan kerajaan yg masih berdegil mahu melibatkan diri dlm politik secara aktif, sila isikan borang perletakan jawatan dgn segera kerana masih terdapat ramai bekas2 mahasiswa/siswi yg perlukan pekerjaan tetap.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...