Bersama Berjuang

Monday, November 22, 2010

YAYASAN SELANGOR : KAKITANGAN MENJADI MANGSA???


PORTAL SELANGOR DAILY TELAH MENYEBABKAN REGIM KHALID PANAS PUNGGUNG APABILA MENDEDAHKAN PENYELEWANGAN YAYASAN SELANGOR.  NAMUN, SELANGOR DAILY TERPAKSA MEMBERHENTIKAN ISU YAYASAN INI.  KENAPA???  UNTUK TATAPAN ANDA SEMUA:

Kami ingin meminta maaf banyak-banyak kepada para pembaca Selangor Daily.  Kami terpaksa memberhentikan dulu pendedahan-pendedahan kami berhubung penyelewengan dalam Yayasan Selangor.  Bukan kerana kami takut atau gentar,tetapi kerana rayuan daripada kakitangan-kakitangan YS.


Sepertimana yang anda semua tahu, Selangor Daily adalah pemain utama dalam isu ini. Banyak maklumat-maklumat dan dokumen berada di tangan kami. Sebahagiannya telah kami dedahkan, banyak lagi yang belum terdedah. Pengurus besar dan timbalannya menjadi panas hasil daripada pendedahan kami.  Pengurus besar mengamuk-ngamuk dalam pejabat dan melemparkan tuduhan tanpa usul periksa kepada kakitangan YS kononnya mereka membocorkan maklumat kepada kami.

Kami difahamkan, hasil daripada pendedahan kamilah yang mendorong SPRM masuk menyiasat segala penyelewengan yang berlaku di dalam YS. Pengurus besar semakin panas.  Kemuncak kepada kemarahannya, beberapa hari lepas beliau telah mengarahkan pertukaran kakitangan. Kakitangan daripada ibu pejabat ditukar ke sekolah-sekolah milik YS.

Perkara ini tidak menyenangkan kakitangan yang tinggal berdekatan dengan ibu pejabat kerana terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh untuk berulang alik ke tempat kerja setiap hari.  Ramai kakitangan yang berada dalam ketakutan sekarang. Mereka juga bimbang mereka akan ditukarkan. Ada orang yang menghubungi kami dan meminta kami berhenti sementara waktu untuk memperkatakan isu berkenaan kerana bimbang dengan nasib kakitangan yang lain.

Kami tiada pilihan, nasib kakitangan juga perlu diberi keutamaan. Kami terpaksa memberhentikan sementara waktu pendedahan-pendedahan tersebut.Bukan kerana kami takut kepada tekanan Pengurus Besar , tetapi kerana tidak mahu kakitangan yang tidak berdosa menjadi mangsa.  Sekarang masyarakat boleh menilai sendiri sikap kerajaan pimpinan PKR. Keadilan, kebebasan ,ketelusan dan demokrasi yang diperkatakan selama ini hanya laungan kosong. Mereka sebenarnya zalim dan kejam.

Selangor Daily akan memastikan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Bin Marzuki akan dipindahkan dari dalam pejabatnya ke bilik berjeriji besi di Sungai Buloh atau Kajang.

Sumber - Selangor Daily

GERAKAN TIMUR:
Ini contoh pentadbiran ala PKR, kejam dan zalim.  Kasihan kepada kakitangan yang benar2 memegang amanah terhadap sebab musabab YS ditubuhkan.  Semoga rakyat selangor menilai kehaprakan, kejijikan dan kebusukkan rejim Kalid Gagap yang akan menghancurkan negeri Selangor ini.

Syabas SELANGOR DAILY!!!  Berhenti seketika bukan bermaksud menyerah. Rakyat didahulukan.  Keluhan rakyat marhaen menjadi azimat kepada arus kebangkitan rakyat Selangor menentang kerajaan DAPigs pimpinan Khalid Gagap!!!

1 comment:

  1. 1. Salam perjuangan dari pengendali blog "mulutmelayu-REALITI"

    2. Blog tuan telahpun di'link'kan di blog mulutmelayu-realiti.blogspot.com untuk sebaran dan bacaan kepada pelawat-pelawat blog.

    3. Jika tuan menggunakan 'Free Feedjit Live Traffic Feed' di blog tuan sila klik "Show where visitors came from:" untuk settingnya bagi mengetahui dari blog manakah pelawat itu datang sebelum melawat ke blog tuan. Dalam lain perkataan blog tersebut telahpun menyenaraikan blog tuan itu di blognya. (Sila rujuk "Feedjit" di mulutmelayu-REALITI)

    Sekian, semoga tuan dapat linkkan blog ini ke dalam blog tuan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...