Bersama Berjuang

Wednesday, November 17, 2010

KEM JATIDIRI PERKASA SELANGOR





Gerakan Timur ingin mengucapkan tahniah kepada PERKASA Selangor yang telah berjaya mengadakan "Kem Jatidiri PERKASA Selangor 2010" di Nur Laman Bestari, Ulu Yam pada 4 - 6 November yang lalu.  Seramai 164 belia dan beliawanis dari daerah-daerah di negeri Selangor telah menghadiri kursus tersebut.  Antara penceramah yang hadir ialah Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam, Haji Ruslan Kassim, Ustaz Najib Ahmad, Dr. Zubir Harun dll.  

Gerakan Timur percaya bahawa peserta kursus ini telah dilengkapi dengan ilmu tentang Perlembagaan, jatidiri, dan perjuangan PERKASA dalam mempertahankan hak maruah bangsa.  Yang pasti, mereka akan digarap supaya menjadi pemimpin suatu hari nanti.  Ia adalah harta yang boleh mewarisi perjuangan agama, bangsa dan negara di masa akan datang.  

Gerakan Timur difahamkan bahawa PERKASA Daerah Klang telah menghantar jumlah peserta paling ramai (sebuah bas) dan ini pasti telah membuatkan orang kuat PERKASA Klang, En. Abu Bakar Yahya tersenyum lebar melihat dominannya Penggerak Klang di Nur Laman Bestari.  

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PERKASA SELANGOR!!!

Gambar Tengah - Abu Bakar Yahya (ABY)

1 comment:

  1. SYABASS BETEYY..KEEP IT UP!..HIDOP PERKASA!! YEHAAAAAAAAA!!

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...