Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat di kediaman Ketua PKR Miri, Dr Michael Teo telah bermula sejak jam 11.30 pagi tadi.
Pelancaran tersebut dimulakan dengan ucapan Fong Pau Teck dari DAP, Hj Jofrie - Yang dipertua PAS, Ahli Parlimen Sibu Wong Ho Leng dan Edwin Dundang dari SNAP.
Meskipun kehadiran penyokong agak suram, namun sewaktu Edwin Dundang menyampaikan ucapan, Majlis dikejutkan dengan kehadiran Van Hospital Columbia Asia yang membawa pesakit bernama Cik Haslina.
Cik Haslina adalah seorang anggota Polis yang mengidap lumpuh sebelah kaki, Beliau difahamkan terlalu ingin berjumpa dengan Anwar bagi mengemukakan masalah yang beliau alami.
Menurut penyokong Pakatan, kehadiran mengejut Cik Haslina adalah simbolik untuk menggambarkan betapa negeri Sarawak sudah dalam keadaan tenat dan lumpuh. Justeru, hanya Pakatan Rakyat yang dapat membantu.
Ceramah Mat Sabu sekadar untuk mengecam ketua menteri Sarawak dengan mengaitkan berbagai isu dan tuduhan. Mat Sabu turut mempromosikan betapa prihatin wakil rakyat dari PR berbanding wakil rakyat dari BN. Mat Sabu juga menyentuh tentang ISA yang dikatakan lambang kekejaman pemimpin BN.
Ucapan Anwar lebih menjurus tentang Sri Perdana, Bangunan Wisma Warisan, PNB, NCR, Kroni, Kekayaan peribadi pemimpin BN negeri dan kemiskinan rakyat Sarawak. Sepertimana sebelum ini, Anwar mengatakan rakyat Sarawak papa kedana, hanya beliau yang mampu mengubahnya.
Anwar juga berjanji akan membawa semua masalah rakyat yang berkumpul hari ini ke persidangan parlimen. (skrip ini memang sudah melekat dilidah Anwar)
Tidak diketahui sebabnya, majlis berkenaan terpaksa ditamatkan lebih awal iaitu pukul 1.15 pm, sedangkan telah dijadualkan hingga pukul 11 malam. Agaknya ada sesuatu sedang terjadi?
Berita yang ditunggu-tunggu, benarkah 10,000 penyokong Pakatan akan berkumpul di kediaman Dr Teo hari ini? gambar dibawah menceritakan kebenarannya. inilah kelompok penyokong yang paling ramai.
berita lebih hangat akan menyusul !
p/s: berbohong lagi, yang suram dikata 10 ribu...
Sumber - Melanau Blogger
GERAKAN TIMUR:
hahahahaha.... dah dasar penipu dan pembohong... kaki pusing... scroll bawah sekali kat blog GT, anda boleh tahu waktu anwar tidak berbohong... Oh yaa.. 2 ekor bangau turut serta untuk mengetahui adakah benar 10 ribu yang hadir atau sekadar gimik al jub. Bangau oh bangau...
Bro, SAYA TAHU dan PASTI sebahagian besar yang hadir datang dari kuching dan yang datang dari sibu pula orang DAP. Tak payahlah PKR nak kelentong.
ReplyDeleteCISSSSS BLOG X APDET....
ReplyDeleteTUTUP LA BLOG GILA HANG NI
Aisanda,
ReplyDeleteGT tidak pernah meraguimu... hehehe..
Lord Ried,
hahahahaha.... padan muka ko...