Bersama Berjuang

Monday, October 4, 2010

Realiti Di Singapura (Dan Malaysia Jika DAP Memerintah)


Ini realiti di Singapura sekarang (Kiblat DAP)

  • ISA Dilaksanakan Begitu Keras Dengan Tahanan Paling Lama Cecah 23 Tahun (Chia Thye Poh-tahanan politik).  Kebanyakkan yang masuk ISA ialah aktivis politik, pemimpin kesatuan dan pelajar.

  • Badan Kehakiman Dikawal Kerajaan

  • Kesatuan Pekerja Kebangsaan dipengerusikan Menteri Kabinet Singapura (tidak bebas).

  • Semua Stesen TV Dan Suratkhabar Adalah Milik Kerajaan

  • Pihak Yang Cuba Bantah Kerajaan PAP Akan DiSaman Sampai Bankrap Dan Tidak Ada Mana Hakim Yang Berani Buat Keputusan Menentang Kerajaan.

  • Rakyat Diberikan Saham Yang Boleh Ditukar Dengan Wang Tunai Sehari Sebelum Pilihanraya Umum 2001 (rasuah)

  • Penduduk di Kawasan Perumahan Yang Tidak Menyokong Kerajaan, Tidak Akan Mendapat Khidmat Penyelenggaraan yang Sempurna pada  PRU 1997 (ugutan)

  • Kaum Melayu tidak dibenarkan berkhidmat sebagai juruterbang dan Komando Angkatan Tentera.

  • Hanya ada seorang saja Jeneral India Muslim yang berkhidmat dengan SAF, yang lain semua cina.

  • Pemilikkan rumah orang melayu di Bedok dan Geylang dikawal dan dihadkan oleh Housing and Development Board (HDB) untuk menyekat pengembangan orang melayu dan digantikan dengan orang cina yang dibawa masuk dari Negara China ( ethnic residential quotas 1989)

  • Diskriminasi kaum dalam bidang pekerjaan dengan kebanyakkan syarikat meletakkan syarat fasih berbahasa Mandarin dan mengutamakan pekerja asing (gaji murah) daripada bangsa Minoriti Singapura.  Ada sesetengah kes bilamana calon kaum minoriti berjaya membuktikan kefasihan bercakap dalam bahasa Mandarin, mereka akan diminta menulis dalam bahasa cina pula.

  • Kebanyakkan pemilik rumah (cina) tidak membenarkan orang india menyewa rumah mereka.

  • Kerajaan Singapura memberi biasiswa sebanyak  S$500 sebulan kepada kanak-kanak dari Tanah Besar China (terutama Hunan dan Hubei) untuk belajar di Singapore.  Keistimewaan sama tidak diberi kepada kanak-kanak dari Malaysia mahuoun India

  • Bahasa kebangsaan Singapura pada 1965 ialah bahasa Melayu tetapi telah ditambah kepada bahasa-bahasa lain berikutan penurunan populasi melayu.

  • Racial Harmony Day dirayakan setiap 21hb July tiap tiap tahun bagi memperingati rusuhan kaum yang berlaku pada 1964 yang berlaku antara etnik cina dan melayu.  Rusuhan kaum ini adalah antara punca kenapa Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia 1965 bila ia dijadikan alasan oleh LKY untuk menuntut hak kesemarataan dari Tunku  untuk semua rakyat dalam Persekutuan Malaysia.
Jadi, jika anda ingin memangkah DAP dalam pilihanraya umum akan datang, ingatlah apa yang sedang berlaku di Singapura sekarang akan turut berlaku di Malaysia.  Hari ini sebagai pembangkang, mereka boleh cakap pasal apa sahaja termasuk penghapusan ISA dan soal kesamarataan tetapi percayalah, apabila mereka berkuasa, mereka akan memperkenalkan dasar-dasar yang menindas orang melayu seterusnya membangkitkan tindak balas orang melayu dan ketika itulah mereka akan memperkenalkan ISA semula atas alasan keselamatan negara.

Di Singapura, LKY juga bercakap mengenai kesamarataan tapi hakikatnya tidak ada yang samarata sebaliknya diskirminasi yang nyata.

Mungkin kalau ada pun yang PAP boleh belajar daripada DAP ialah  bagaimana nak menggunakan duit judi lumba kuda untuk jadi sumbangan kepada fakir miskin, nak nak yang beragama Islam…..hehehe..

Sumber - MyKMU

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...