Bersama Berjuang

Tuesday, November 12, 2013

Muktamar PAS: Siapa "Power Broker" ???


Menjelang Muktamar PAS 24 November ini, bukan sahaja politik dalaman PAS semakin bergolak, tetapi ia turut menyaksikan rakan sekutunya, DAP, sama-sama menyibuk, mengacah dan menjentik PAS agar menari mengikut rentak mereka.

Ini terbukti apabila Karpal Singh, dengan tidak semena-mena membuat kenyataan yang begitu ‘menyakitkan’ PAS dengan mengecam parti yang berasaskan kaum dan agama sebagai merbahaya.  Karpal juga menyarankan parti seperti PAS dibubarkan sahaja atas alasan tidak menepati ‘sifat’ negara ini yang majmuk.

PAS menjadi bertambah kelam kabut apabila sebuah laman facebook melaporkan petikan kenyataan AJK Kerja PAS Pusat iaitu Dr. Siti Mariah Mahmud yang menyarankan agar Majlis Syura Ulama dibubarkan saja.  Beliau juga dilaporkan berkata bahawa cadangan melantik Presiden dan Timbalan Presiden PAS di kalangan Ulama sebagai cadangan yang kurang bijak.

Bagaimanapun, Dr. Mariah kemudiannya dikatakan menafikan kenyataan tersebut.   Sehingga kini, tiada siapa yang dapat mengesahkan kisah sebenar mengenai laporan facebook itu.

Benar atau tidak, kita semua tahu bahawa PAS telah lama membelakangkan Majlis Syura termasuk pemimpin dari kalangan Ulama sendiri.    Antaranya, isu mengenai Kalimah Allah di mana PAS dilihat berada dalam keadaan kabur dan keliru, tidak tahu untuk berpegang kepada pendirian Majlis Syura atau keputusan Pakatan Rakyat.

Di kalangan akar umbi PAS, mereka menganggap Majlis Syura sebagai badan tertinggi mengatasi segala yang lain.  Namun mereka lupa bahawa PAS tertakluk di bawah kerjasama dengan Pakatan Rakyat yang mana secara automatik meletakkan keseluruhan parti itu di bawah satu payung yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. 

Justeru, semua keputusan wajib mengambilkira pandangan sekutu PAS iaitu DAP dan PKR, serta wajib pula diluluskan oleh Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Umum tahu bahawa DAP dan PKR sama sekali tidak bersetuju sekiranya Ulama menerajui PAS.

Dengan kemasukan golongan Anwarinas secara meluas di dalam PAS, maka tidak mustahil bahawa PAS sedang dicatur dari dalam agar menepati pendirian PKR/Anwar Ibrahim. 

Manakala, dari luar pula, PAS sedang dicatur oleh DAP.   Contohnya, kenyataan Karpal sebenarnya hanyalah sebagai ujikaji terhadap reaksi PAS, mungkin untuk mengenalpasti secara tepat siapakah yang paling lantang menentang DAP dan siapa pula yang menyokong.  Selain itu, kenyataan Karpal juga boleh dijadikan sebagai alat untuk menonjolkan mereka yang bakal bertanding dalam Muktamar nanti.

Inilah masanya bagi mereka untuk menunjuk ‘Islam’ dan ‘lantang’  menempelak Karpal.  Inilah masanya untuk menunjuk sebagai pejuang tulin yang tidak gentar dengan kafir harbi.

Malangnya, percaturan PAS hanyalah sebahagian dari mainan politik DAP dan PKR yang jauh lebih besar dari sekadar pemilihan parti.  Kita pasti, sepertimana kenyataan Karpal mengenai parti berasaskan agama, isu mengenai saranan pembubaran Majlis Syura adalah sebenarnya suara DAP dan PKR.

Percaya atau tidak, PAS kini sedang berhadapan dengan cabaran yang melibatkan akidah dan iman.  PAS sedang diasak dari dalam dan dari luar agar menghumbankan saja golongan Ulama yang degil tidak dapat menerima pendekatan liberal dan plural DAP dan PKR.

Persoalannya, mampukah golongan Ulama PAS menolak asakan mereka?  Apakah ahli-ahli PAS menyedari apa yang sedang berlaku di dalam parti mereka?

Apapun, hanya Muktamar PAS yang dapat memberikan jawapan kepada semua persoalan ini.   Sekiranya golongan Anwarinas berjaya memegang jawatan penting, maka bersedialah untuk PAS yang hanya Islam pada nama.  Sekiranya balaci DAP juga turut berjaya menduduki jawatan tinggi, maka bersedialah PAS untuk menghapuskan terus nama ‘Islam’ pada parti mereka. 

Friday, November 8, 2013

Parti Bukan Berasaskan Kaum Lebih Berbahaya Mengikut Sejarah Malaysia!!! Tak Percaya???


DAP telah lama menuduh UMNO sebagai rasis kerana tidak membuka keahlian kepada semua kaum. Tuduhan ini dimainkan bersungguh-sungguh bagi membentuk persepsi bahawa UMNO itu jahat dan tidak adil.

Walhal, UMNO, bekerjasama dengan MCA dan MIC iaitu parti Cina dan India dan bergerak sebagai satu parti di bawah Barisan Nasional.  Dengan cara ini semua kaum mempunyai ketua atau Presiden yang mempunyai kuasa untuk menyampaikan suara kaum masing-masing tanpa ada yang terpinggir.

Berbeza dengan DAP yang mempunyai ahli dari berbagai kaum tetapi semua pemimpin tertinggi merupakan dari kaum yang sama dan kaum-kaum lain tidak punya platform langsung untuk bersuara.

Bukan itu saja, kaum bukan Cina di dalam DAP juga ditindas dan tidak punya ruang untuk mencabar kepimpinan melalui apa jua cara sepertimana MCA dan MIC dan parti-parti komponen BN yang mewakili kaum bumiputera di Sabah Sarawak diberi ruang di dalam kerajaan untuk turut sama membuat keputusan dalam negara.

Hari ini, DAP juga turut menimbulkan soal parti keagamaan, yang mana ditujukan khas kepada PAS, sekutunya sendiri.  Menurut Karpal Singh, parti perkauman dan keagamaan adalah merbahaya untuk negara.

Kita tahu bahawa DAP ingin mengubah sejarah, tetapi kita tidak percaya yang Karpal telah lupa sejarah. PAS telah wujud sejak tahun 1951, MCA pula sejak 1949, MIC pada 1946 sama dengan UMNO.  Ini bermakna parti berasaskan kaum dan agama ini telah wujud sejak sekian lama di negara ini. 

Namun, selama itu juga terbukti, selain PAS, peranan UMNO, MCA dan MIC adalah membawa perpaduan dan keharmonian di negara ini bukannya ketegangan.

Malangnya, semangat perpaduan UMNO, MCA dan MIC telah tidak dikongsi oleh parti berbagai kaum seperti DAP.

Justeru, DAP telah mencetuskan keganasan kaum pada 13 Mei 1969 atas dasar semangat keCinaan yang melampau.  DAP dan juga Gerakan pada waktu itu, iaitu dua parti yang kononnya tidak ditubuhkan dengan berasaskan kaum, telah dengan sengaja mencabar  orang-orang Melayu dengan memperlekehkan dan menghalau mereka ke hutan.  Kononnya, laung DAP, negara ini adalah milik Cina dan bakal diperintah oleh DAP iaitu parti yang mendabik dada sebagai ‘parti berbagai kaum’ itu.

Dalam ketegangan itu, pemimpin UMNOlah yang bangkit bertindak untuk memulihkan keadaan.  Pemimpin UMNOlah yang mengembalikan keamanan dan perpaduan dengan kerjasama dan bantuan MCA serta MIC.  Ketiga-tiga parti perkauman ini menjadi agen keharmonian yang berjaya diteruskan sehingga ke hari ini.

Manakala parti berbagai kaum iaitu DAP pula terus berusaha untuk mencetuskan ketegangan kaum melalui berbagai cara.  Di era teknologi maklumat ini, laman-laman sosial digunakan sepenuhnya oleh penyokong-penyokong DAP untuk memprovokasi umat Islam dan Melayu.  Mujurlah kerajaan pimpinan UMNO itu cukup matang dan bijaksana untuk mengendalikan keadaan dan berjaya mengekang sebarang ketegangan.

Jelas, yang penting di sini bukan nama atau atas dasar apa parti ditubuhkan tetapi, siapa yang menerajui parti itu.  Jika penerajunya seorang rasis, maka ia akan tetap bersikap rasis biarpun partinya terbuka kepada semua kaum.  Jika penerajunya bukan seorang rasis, maka ia akan tetap berlaku adil kepada semua walaupun partinya adalah parti satu kaum.

Karpal Singh tentunya seorang yang lembab kerana tidak dapat menganalisis perkara ini.  Itulah jadinya jika enggan belajar dari sejarah dan menafikan sejarah.

Sejarah tidak pernah menipu, manusia sahaja yang boleh menipu, apatah lagi seorang peguam yang juga seorang ahli politik seperti Karpal Singh.   

Tuduh Media Spin Kenyataan Karpal Singh, Kit Siang Harus Saman Msiakini dan Msian Insider!!!


Menyedari akan keterlanjuran dan kesilapan yang dilakukan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung kenyataan kontroversinya semalam, Penasihat parti itu, Lim Kit Siang dengan pantas menarik ‘hand break’ bagi membetulkan keadaan bagi menjaga hati rakan sekutunya Pas. 

Karpal semalam dilaporkan telah menggesa agar semua parti politik dan pertubuhan yang berasaskan kepada satu kaum dibatalkan pendaftaraannya supaya sesuai untuk disertai rakyat tanpa fahaman dan latarbelakang keturunan. Menurutnya lagi parti politik dan pertubuhan profesional yang berasaskan kaum dan agama sepatutnya tidak dibenarkan kerana ia merupakan sesuatu yang serius.

Bertindak untuk menjernihkan suasana, Kit Siang mendakwa bahawa kenyataan ahli parlimen Tasik Gelugor itu telah diputarbelitkan dan sengaja digembar-gemburkan oleh pihak media. Menurut Kit Siang lagi, kenyataan tersebut hanya merujuk kepada Persatuan Peguam Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) kerana mengkritik Majlis Peguam atas sokongan yang diberikan badan tersebut terhadap akhbar mingguan Katolik, The Herald.

Ekoran kenyataan yang dikeluarkan itu juga, Karpal dan DAP dilihat mula tertekan ekoran kecaman demi kecaman yang dilemparkan khususnya dari kalangan pimpinan Pas yang jelas tidak berpuas hati dengan pandangan itu. Mereka menyifatkan pandangan tersebut sebagai serius dan merbahayakan.

Tambah membimbangkan mereka, apabila hampir kesemua kepimpinan tertinggi Pas menolak dan tidak bersetuju dengan pandangan Karpal yang turut dilabelkan sebagai politik sempit seorang peguam dan ahli politik.

Tambah membimbangkan Kit Siang ialah, kumpulan pro-ulama dan liberal Pas dilihat saling bergabung untuk tidak bersetuju dengan kritikan pedas tersebut. Maka bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak menguntungkan, Kit Siang terpaksa men‘mengalah’ dengan meletakkan kesalahan kepada pihak media. 


Sedangkan selain media arus perdana, media-media pembangkang juga dilihat begitu berminat untuk menyiarkan kenyataan Karpal itu. Antaranya ialah portal Malaysia Insider, Malaysiakini dan sebagainya. Sekiranya Kit Siang mendakwa kenyataan tersebut telah diputar-belitkan, apakah dia bermaksud, media-media pembangkang sebenarnya telah tersilap dalam laporan yang dikeluarkan?

Atau dalam bahasa lain, media pembangkang telah tersalah ‘spin’ kenyataan Karpal sehingga menyebabkan rakan sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang saling bergaduh antara satu sama lain. Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa media pembangkang adalah merupakan media yang suka ‘spin’ bagi menanamkan sentimen kebencian rakyat kepada pihak kerajaan.

Kesimpulannya, sekiranya apa yang didakwa oleh Kit Siang mempunyai kebenarannya, dia sepatutnya menasihatkan Karpal agar mengemukakan saman fitnah terhadap Malaysiakini dan Malaysiainsider. Tambahan pula Karpal sebagai seorang peguam yang kononnya hebat sepatutnya tahu akan haknya memandangkan ini bukanlah kes yang pertama berhubung media. Malah menurut rekod dia juga pernah berulang kali mengemukakan saman sama ada bagi pihaknya atau anak guamnya. Jadi tidak timbul sebarang isu tersalah tafsir atau sebagainya

Saranan Karpal Singh Meletakkan PAS Bertaraf Pariah Dalam Tahaluf Siyasi nya


Ibarat retak yang menanti belah, Pas jelas terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam yang menggesa agar semua parti politik dan pertubuhan profesional berasaskan kaum dan agama di negara ini termasuk Pas perlu dibatalkan pendaftarannya.

Sebelum ini, Karpal dilihat telah berulang kali mempersendakan dan memperkecil Pas termasuk mencabar parti itu melangkah mayatnya terlebih dahulu jika berhasrat mahu mewujudkan negara Islam atau melaksanakan hukum hudud.

Menurut Karpal, parti politik dan pertubuhan seumpama itu tidak sesuai diamalkan di negara ini selain berbahaya dan ia perlu diubah atau dibatalkan supaya sesuai untuk disertai rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Katanya, sepatutnya parti politik dan pertubuhan profesional berasaskan kaum dan agama tidak dibenarkan kerana ia sesuatu yang serius.

Namun, apabila diminta menyentuh mengenai sekolah berasaskan kaum dan pertubuhan-pertubuhan Cina, Karpal enggan mengulas lanjut sambil menegaskan dia hanya bercakap mengenai parti politik.

Marah dengan kenyataan tersebut, beberapa orang pemimpin tertinggi Pas tampil memberikan kenyataan, bagi membalas kembali serangan hendap ahli parlimen Bukit Gelugor itu.

Sebagai contoh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib semalam membidas Karpal menyifatkannya tidak berhak sama sekali menyarankan Pas dibubarkan pendaftarannya. Sebaliknya, Harun membalas balik teguran Karpal itu dengan mencadangkan agar parti DAP dibubarkan sekiranya merasakan parti perlu berbuat demikian kerana berasaskan kaum dan agama seperti mana didakwa.

Selain Harun, Ketua Penerangan parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Ketua pula menganggap kenyataan Karpal sebagai meludah ke langit kerana menurutnya DAP sendiri dilihat merupakan parti cauvinis Cina, sebagai serius serta berbahaya.

Selain kumpulan ulama Pas, Mahfuz yang dilihat mewakili kumpulan Liberal parti itu turut menyatakan bantahan terhadap kenyataan Karpal. Menurutnya semua jenis parti selagi tidak melanggari perlembagaan negara perlu diberikan ruang. Sambil menyifatkan ia adalah merupakan satu dari proses demokrasi.

“Saya memang tidak bersetuju dengan pandangan Karpal” katanya di lobi parlimen semalam.

Tidak cukup dengan itu, Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan turut menyelar Karpal, kerana sebagai peguam dan ahli politik senior dia dilihat tidak memahami Perlembagaan dan undang-undang negara yang membenarkan kebebasan berpersatuan.

"Saya lihat agama Sikh juga ada persatuannya seperti Sikh Naujawan Sabha Malaysia begitu juga dengan Buddha dengan Dong Zong, semua ini tidak menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini, jadi tindakan beliau amat tidak wajar," katanya.

Menurut pemerhati politik, serangan hendap Karpal itu sebenarnya boleh dilihat dari dua sudut. Pertama ia adalah merupakan sikap sebenar Karpal yang jelas ingin menunjukkan bahawa hubungan DAP dengan Pas hanyalah sekadar untuk memenuhi kepentingan politik semata-mata. Mereka sebenarnya langsung tiada persamaan dalam asas perjuangan malah tidak pernah sekata dalam banyak perkara dasar.

Kedua, amat jelas parti ulra DAP semakin terdesak dengan kemelut dalamannya berhubung pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang masih berpanjangan walaupun ia telah diadakan semula. Ini kerana terdapat ahli-ahli parti itu yang membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana masih tidak berpuas hati dengan pemilihan semula itu.  Jadi, Karpal seolah-olah mahu mengalih perhatian ramai terhadap masalah dalaman partinya yang nampaknya tiada kesudahan.

Kesimpulannya, walaupun DAP tidak mengaitkan dirinya dengan mana-mana kaum, namun umum mengetahui bahawa ia adalah sebuah parti yang cenderung memperjuangkan kepentingan satu kaum sahaja. Atau dalam bahasa mudah ia adalah sebuah parti ultra kiasu yang begitu chuvinis.

Sunday, November 3, 2013

PRK Sg Limau: Maklumat Sulit Dari Sg Limau - 4 Ketua PDM Protes!



Berikut adalah maklumat yg baru GT terima dari Unit Amal PAS (bukan negeri Kedah):

Perjumpaan Pimpinan PAS malam tadi bersama ketua ketua pusat mengundi turut dihadiri wakil DAP yang mana DAP telah mengesahkan PAS akan menang kerana DAP berjaya dapat 2800 undi untuk PAS. Menurut wakil DAP prk Sg limau kali ini hanya boleh ditentukan dengan faktor beli undi dan atas sebab itu DAP telah menyalurkan peruntukan kepada 2800 pengundi bagi memastikan untuk mengundi PAS esok.

Atas penerangan wakil DAP itu menyebabkan 4 ketua pusat mengundi yang hadir tidak berpuas hati dengan campurtangan wakil DAP dan telah bertindak keluar dari meeting yang diadakan.

4 ketua pusat mengundi PAS juga telah mengugut untuk menututup dan tidak membawa pengundi esok keluar kerana tidak berpuas hati DAP mengatur segala proses Prk Sg Limau dan bermain dengan pembelian undi.

"DAP dah atur kemenangan, nampak sangat lah bahawa DAP yang boleh tentukan kemenangan PAS walaupun ditempat Melayu"

Terbukti PAS hanya ikut telunjuk DAP dalam apa cara sekalipun termasuk dengan Prk Sg Limau ini dengan menggunakan duit yang DAP perolehi bagi membeli undi. Tak hairan lah Lim kit Siang keluarkan kenyataan Prk Sg limau Duit merupakan faktor kemenangan parti yang bertanding.
posted from Bloggeroid

Friday, November 1, 2013

PRK Sg Limau: Harakah Iktiraf Pemakaian Kopiah Adalah Budaya PAS??? Budaya Ke? Bodohnyaaaa.. Muahahaha...


Dengan tempoh kempen yang berbaki lagi 3 hari, Pas dilihat agak tertekan dengan pendekatan calon BN/Umno yang dilihat semakin berjaya menembusi beberapa kubu kuat / hitam milik parti itu. Risau dengan perkembangan terdesak, Pas terdesak Terdesak dengan perkembangan tersebut, jentera Pas mula menyerang dan mempertikaikan cara pemakaian calon BN, yang kononnya meniru parti itu dengan memakai kopiah. 

Pelik sungguh puak-puak Pas! Isu kopiah pun boleh dijadikan modal kempen seolah-olah pendekatan memakai kopiah / ketayap putih adalah merupakan hak milik mutlak parti itu. Sekiranya isu tersebut dibangkitkan oleh blog pencacai pakatan pembangkang mungkin ia boleh diterima, kerana sudah menjadi resam pencacai untuk menyerang BN/Umno.

Namun apabila akhbar yang merupakan lidah rasmi parti itu turut menggunakan isu tersebut, nampak sangat betapa rendahnya tahap pemikiran sidang editorial yang sebelum ini mendakwa mengamalkan tahap profesionalisme yang tinggi.

Paling menarik, apabila mereka turut mendakwa kononnya kopiah adalah merupakan budaya dalam Pas. Namun tanpa mereka sedari ada di kalangan pemimpin tertinggi mereka sendiri yang tidak menggunakan kopiah sebagai pakaian harian.

Contohnya seperti Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Setiausaha Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali, dan banyak lagi. Jadi secara prinsipnya ia bukan merupakan pakaian rasmi parti itu.

Semua sedar, sekarang adalah masa untuk berkempen namun gunalah pendekatan yang lebih sihat bagi menarik sokongan pengundi. Bukankah itu yang cuba diperjuangkan oleh Pas sebelum ini? 

Cuba tonjolkan peribadi calon Pas, dasar dan perjuangan yang akan dibawa sekiranya dipilih oleh rakyat. Atau setidak-tidaknya misi atau visi yang ingin dibawakan untuk kesejahteraan pengundi di Sungai Limau. Bukannya mencari salah dan silap sehingga menggunakan isu kopiah dan sebagainya.

Itu belum lagi diambil kira pendekatan petugas parti itu yang bertidak liar dengan merosakkan poster dan membakar bendera BN. Malah ada yang cuba bertindak keterlaluan dengan mengugut para penceramah agama untuk membaling telor sekiranya mereka hadir atas tiket Umno. Malah dalam beberapa kejadian, petugas parti itu juga dilaporkan menghalang jentera Wanita dan Puteri untuk berjumpa dengan pengundi atas alasan ia adalah kawasan kubu kuat mereka.

Tambahan pula, Pas selama ini begitu mengaku sebagai sebuah parti yang ingin memperjuangkan Islam. Jadi ada baiknya mereka menjaga adap dan susila bagi mengelakkan Islam disalahkan atas setiap tindakan melampau dan ekstrem yang dilakukan oleh jentera parti.

Apa gunanya Islam digunakan sebagai dasar parti, namun di masa yang sama kelakuan dan tingkah laku yang ditunjukkan ahli mereka jela bertentangan dengan ajaran dan tuntutan yang ditetapkan oleh agama.

Kesimpulannya, mungkin sudah sampai masanya kerajaan menetapkan bagi menghalang mana-mana parti politik dari menggunakan Islam atau agama sebagai modal mencari sokongan. Atau dalam bahasa mudah, menggesa parti itu menggugurkan nama Islam dari partinya. 

Ia bagi mengelakkan Islam sebagai agama yang suci dan dijamin haknya dalam perlembagaan persekutuan tercemar dari sebarang unsur negatif dari segelintir penyokong mereka yang ekstrem.

PRK Sg Limau: Padanlah Sampai Ada Ugutan Pada Ustaz Kazim Elias.. Rupanyaa...


Ketika kempen ceramah anjuran Pas gagal menarik sokongan dan kehadiran pengundi di sekitar Sungai Limau, walaupun mereka menjemput beberapa artis seperti Abby Abadi, Leman Raja Lawak, Bob Lokman dan sebagainya. Ceramah di kem Barisan Nasional / Umno pula menunjukkan sebaliknya.

Dengan membawakan penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias ceramah tersebut berjaya dikategorikan ‘pecah panggung’ apabila berjaya mengumpulkan sekitar 5,000 pengundi. Dengan gaya bersahaja, ceramah Ustaz Kazim yang diadakan di RTC Simpang 3 itu menyebabkan para hadirin melekat dari mula hingga akhir.

Namun apa yang dikesalkan ialah, Ustaz Kazim memaklumkan sebelum kehadiran beliau ke Sungai Limau beberapa penyokong Pas telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur ugutan dan ancaman bagi menghalangnya hadir.

Menurut Ustaz Kazim, beliau telah diugut agar memakai plastik kerana bakal berdepan dengan serangan balingan telur sebagai tanda protes. Namun ia langsung tidak menggentarkan beliau walaupun sedikit, kerana ingin menyampaikan dakwah.

Beliau turut menegaskan, dirinya bukanlah penceramah bagi mana-mana parti politik, namun hanya sekadar memenuhi jemputan dan itulah antara pendekatan dakwah yang dilakukannya dahulu lagi.

Ustaz Kazim juga melahirkan rasa kecewanya apabila dilabelkan sebagai penceramah kerajaan hanya kerana isi kandungan ceramahnya tidak mengikut selera pembangkang. Menurut beliau lagi, beliau hanya menyatakan apa yang benar dan cuba untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya bila mana politik menggunakan Islam sebagai perisai.

“Saya berkawan dengan semua orang. (Contohnya) apabila berceramah dengan orang asli, takkan saya dikategorikan sebagai penyokong orang asli.

“Saya juga turut berceramah dengan kumpulan lelaki lembut, takkan saya terus di cop sebagai penyokong golongan lembut. Relaks lah bro” ujar beliau secara berseloroh dan disambut dengan gelak tawa dari mereka yang hadir.

Inilah pendekatan pembangkang sejak dari dahulu, apabila mereka buat ia dianggap sebagai perkara biasa. Namun apabila mereka yang berlainan ideologi lakukan perkara yang sama, mereka akan diugut dan diancam dengan pelbagai cara.

Sedangkan sebelum ini mereka begitu lantang meminta kerajaan agar memberikan layanan yang adil kepada semua atas nama demokrasi hak bersuara. Sebenarnya Pas telah mula gelisah apabila melihat jentera mereka gagal menarik sokongan pengundi walaupun Dun Sungai Limau dikatakan sebagai kubu kuat parti itu.

Malah paling membimbangkan mereka, apabila isu perpecahan dalaman parti itu dilihat mula memberikan kesan sehinggakan ada di kalangan mereka yang mula saling boikot dan sabotaj antara satu lain.
Berbanding jentera BN/Umno yang dilihat semakin hebat dengan pendekatan dan misi pembangunan yang ingin dibawa. Apa pun bersamalah kita tunggu keputusan undi yang bakal diketahui seawal jam 9.00 malam pada 4 Oktober nanti.

Apakah Pas mampu mengekalkan kecemerlangan mereka ataupun tersungkur layu seperti yang berlaku ketika PRK Kuala Besut yang lalu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...