Bersama Berjuang

Friday, November 8, 2013

Saranan Karpal Singh Meletakkan PAS Bertaraf Pariah Dalam Tahaluf Siyasi nya


Ibarat retak yang menanti belah, Pas jelas terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam yang menggesa agar semua parti politik dan pertubuhan profesional berasaskan kaum dan agama di negara ini termasuk Pas perlu dibatalkan pendaftarannya.

Sebelum ini, Karpal dilihat telah berulang kali mempersendakan dan memperkecil Pas termasuk mencabar parti itu melangkah mayatnya terlebih dahulu jika berhasrat mahu mewujudkan negara Islam atau melaksanakan hukum hudud.

Menurut Karpal, parti politik dan pertubuhan seumpama itu tidak sesuai diamalkan di negara ini selain berbahaya dan ia perlu diubah atau dibatalkan supaya sesuai untuk disertai rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Katanya, sepatutnya parti politik dan pertubuhan profesional berasaskan kaum dan agama tidak dibenarkan kerana ia sesuatu yang serius.

Namun, apabila diminta menyentuh mengenai sekolah berasaskan kaum dan pertubuhan-pertubuhan Cina, Karpal enggan mengulas lanjut sambil menegaskan dia hanya bercakap mengenai parti politik.

Marah dengan kenyataan tersebut, beberapa orang pemimpin tertinggi Pas tampil memberikan kenyataan, bagi membalas kembali serangan hendap ahli parlimen Bukit Gelugor itu.

Sebagai contoh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib semalam membidas Karpal menyifatkannya tidak berhak sama sekali menyarankan Pas dibubarkan pendaftarannya. Sebaliknya, Harun membalas balik teguran Karpal itu dengan mencadangkan agar parti DAP dibubarkan sekiranya merasakan parti perlu berbuat demikian kerana berasaskan kaum dan agama seperti mana didakwa.

Selain Harun, Ketua Penerangan parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Ketua pula menganggap kenyataan Karpal sebagai meludah ke langit kerana menurutnya DAP sendiri dilihat merupakan parti cauvinis Cina, sebagai serius serta berbahaya.

Selain kumpulan ulama Pas, Mahfuz yang dilihat mewakili kumpulan Liberal parti itu turut menyatakan bantahan terhadap kenyataan Karpal. Menurutnya semua jenis parti selagi tidak melanggari perlembagaan negara perlu diberikan ruang. Sambil menyifatkan ia adalah merupakan satu dari proses demokrasi.

“Saya memang tidak bersetuju dengan pandangan Karpal” katanya di lobi parlimen semalam.

Tidak cukup dengan itu, Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan turut menyelar Karpal, kerana sebagai peguam dan ahli politik senior dia dilihat tidak memahami Perlembagaan dan undang-undang negara yang membenarkan kebebasan berpersatuan.

"Saya lihat agama Sikh juga ada persatuannya seperti Sikh Naujawan Sabha Malaysia begitu juga dengan Buddha dengan Dong Zong, semua ini tidak menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini, jadi tindakan beliau amat tidak wajar," katanya.

Menurut pemerhati politik, serangan hendap Karpal itu sebenarnya boleh dilihat dari dua sudut. Pertama ia adalah merupakan sikap sebenar Karpal yang jelas ingin menunjukkan bahawa hubungan DAP dengan Pas hanyalah sekadar untuk memenuhi kepentingan politik semata-mata. Mereka sebenarnya langsung tiada persamaan dalam asas perjuangan malah tidak pernah sekata dalam banyak perkara dasar.

Kedua, amat jelas parti ulra DAP semakin terdesak dengan kemelut dalamannya berhubung pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang masih berpanjangan walaupun ia telah diadakan semula. Ini kerana terdapat ahli-ahli parti itu yang membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana masih tidak berpuas hati dengan pemilihan semula itu.  Jadi, Karpal seolah-olah mahu mengalih perhatian ramai terhadap masalah dalaman partinya yang nampaknya tiada kesudahan.

Kesimpulannya, walaupun DAP tidak mengaitkan dirinya dengan mana-mana kaum, namun umum mengetahui bahawa ia adalah sebuah parti yang cenderung memperjuangkan kepentingan satu kaum sahaja. Atau dalam bahasa mudah ia adalah sebuah parti ultra kiasu yang begitu chuvinis.

6 comments:

  1. SEKARANG NI PAS BUKAN BERTARAF "PARIA" KAH. !
    JUNJUNG BENDERA DAP, BARING TENGAH JALAN. BERDOA macam orang GILA.....BUKAN PARIA KAH !

    ReplyDelete
  2. Masalah nya orang kampung tak paham paham.....degil ! sebab Pas pakai serban pakai ketayap

    ReplyDelete
  3. maaf menganggu tua.. jemput guna pakai video yang ada di youtube.com/redmediamy

    ReplyDelete
  4. BAHALUL yang SERASI.......adalah lebih tepat.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...