Senario terkini untuk orang Melayu cukup menyedihkan. Gerakan Timur cuba mencari jawapan mengapa berlaku "pertelagahan" di antara PERKASA dan PEMUDA UMNO.
PEMUDA UMNO sebelum ini dikenali sebagai suara lantang UMNO dalam mempertahankan perkara-perkara dalam perlembagaan. Selain dari itu, Pemuda juga menjadi kumpulan pendesak kepada kerajaan dalam isu-isu nasional, terutamanya apabila ia melibatkan orang Melayu. Pergerakan Pemuda UMNO ditubuhkan selepas parti UMNO merasakan barisan pemuda perlu mempunyai organisasi tersendiri sebagai barisan pelapis kepimpinan UMNO. Sebelum layak menjadi ketua bahagian UMNO, mereka mestilah aktif dalam pemuda UMNO. Ironiya dengan 'tapisan' ini, veteran UMNO terselamat dari ditentang oleh pemuda UMNO. Kedudukan pemuda UMNO bagai parti dalam parti. Isu-isu yang sensitif sering kali disuarakan oleh pemuda kerana pemuda sememangnya berdarah panas dan tegas.
Nama-nama gah pemimpin Pemuda seperti Tun Hussien Onn, Dato' Harun Idris, Syed Jaafar Albar jelas menunjukkan kelantangan pemuda dalam memberi pendapat kepada kerajaan. Namun, Pemuda UMNO pada waktu ini kelihatan sudah hilang "taringnya" akibat dari permainan politik sesama sendiri, kepentingan dan khususnya jawatan menteri, sesuatu yang tidak pernah diberi suatu ketika dulu. Adakah dgn mengekalkan cara dulu dapat mengembalikan semangat Pemuda Yang Berani? Acapkali kita terdengar suara-suara nakal dengan mengatakan bahawa Pemuda UMNO tidak ubah seperti pondan, pengecut dsb. Malang, label radikal itu terhakis sedikit demi sedikit. Satu kerugian kepada orang Melayu.
Di kala Pemuda hilang semangatnya, lahirlah satu lagi NGO yang perjuangannya satu - mempertahankan perkara-perkara dalam Perlembagaan - institusi Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang melayu, agama islam, bahasa Melayu dan dll. Semangat "Singa UMNO" atau Dato' Harun jelas menjadi ikon kepada pertubuhan ini. Ini dapat dilihat dari kelantangan vokal pemimpin PERKASA dalam mempertahankan agenda Melayu. Dato' Ibrahim Ali telah menjadi pengasas PERKASA seterusnya menjadi Presiden PERKASA yang pertama.
UMNO dan PERKASA memperjuangkan ideologi yang sama. Seharusnya, tidak wujud pertelingkahan seperti yang berlaku hari ini. Apa salahnya jika kedua-dua pihak duduk semeja bagi membincangkan isu Melayu dimana "win-win situation" dapat diperolehi. Gerakan Timur khuatir isu ini dimainkan oleh laknatullah-laknatullah yang mahu melihat kuasa Melayu terkubur. Lihat kematangan puak2 immigran dalam mempercaturkan politik demi kepentingan mereka - merampas tanah bertuah ini. Apabila MCA bersuara, DAPigs berdiam, malah menyokong. Apabila DAPigs menyerang, MCA sedang bersenang lenang sambil menikmati kopi di Old Town White Kopitiam!!! Gerakan??? mati segan hidup menyusahkan.. Mengapa tidak dua-dua pertubuhan KERAMAT orang Melayu bertindak sebijak mereka??? Inilah satu masalah yg timbul di mana-mana pertubuhan Melayu, pasti ada cantas mencantas, tuduh menuduh dan salah menyalahkan. Sampai bila kita harus berada dalam situasi yang merugikan ini? Sukar sangatkah ego itu dibuang ke tepi, fokus kepada perjuangan warisan keramat ini? Pertubuhan ditubuhkan agara suara dapat disatukan.
GERAKAN TIMUR akui bahawa pada waktu dan ketika ini, GT bersetuju dengan PERKASA dalam byk hal. Namun, bukan niat GT untuk melaga-lagakan kedua-dua pihak ini andai posting2 sebelumnya bersikap menyindir Pemuda. Bak kata Bro GAP, apabila blogger kutuk atau menyerang, itu bukannya bermaksud kami membenci. Sekadar menggunakan kaedah ini untuk memperingatkan bahawa perjuangan ini harus jelas menepati maksud.
Semoga kedua-dua pihak dapat mencari jalan damai; adat berjuang, pasti ada yang gugur, demi sebuah perjuangan murni memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara.
PSL DIA SORANK, ROSAK SUSU SEBELANGA. PHM2 AJE LA EHEMMMM >:)
ReplyDeleteSelagi Orang2 kanan Pemuda UMNO diterajui olih individu yang suka berkain pelikat,selagi itulah Pemuda UMNO tidak akan kemana....
ReplyDeleteNEM's Lethal Dose - The More Derserving Is Getting Less !
ReplyDeleteLet's support the call for a REVOLUTION by Kijang Mas - Demi Negara!