Misi bantuan kemanusiaan kelolaan BAKTI dengan kerjasama Kelab Putera 1 Malaysia ini bukanlah sesuatu yang mudah. Sukar... cukup sukar.
Tahniah kepada Datin Seri Rosmah Mansur, dan Datuk Azeez Rahim selaku "front liner" dalam misi ini.
Untuk makluman, tiada satu pun pesawat komersil yang sanggup terbang ke Somalia kerana risiko yang cukup berbahaya. Apatah lagi syarikat insurans yang berani menandatangani kontrak dengan sahabat-sahabat yang akan ke sana. Jangan harap!!!
Jadi, risiko adalah atas mereka sendiri!!!
Begitulah murninya erti sebuah perjuangan apabila ada golongan yang sanggup berdepan dengan maut, apatah lagi akan mengorbankan Aidilfitri bersama insan tersayang.
GT difahamkan ahli misi terpaksa dikurangkan berikutan isu pesawat yang terpaksa ditukar, dari pesawat komersil Air Asia kepada pesawat TUDM Charlie C-130.
Dugaan pertama yang dihadapi oleh konvoi, yang terpaksa terbang tanpa kekuatan seperti perancangan awal. Namun, ahli misi telah bertekad, kerana masa adalah musuh utama, kerana pada setiap 6 minit, seorang kanak-kanak akan menemui ajal!!! Dan 300 ribu bakal menghadapi ancaman ini!!!
Hayati video yang cukup menyayat hati ini...
Dan misi ini akan disertai oleh para sahabat, juga seorang sahabat blogger, yang GT cukup hormat akan pengorbanannya demi Agama, dan atas dasar kemanusiaan. Biarlah yang empunya badan membuat pengumuman itu nanti.
GT mohon doa dari kalian semua, pembaca, samada dari UMNO, PAS, PKR mahupun yang atas pagar, agar misi ini berjaya hendaknya, atas dasar kasih sesama saudara Islam.
Bismillahi Allahuma...
Ya Allah... Dengan kemulian Ramadhan yang engkau kurniakan kepada umat Muhammad, Aku bermohon kepada Mu ya Allah, rahmatilah, berilah perlindungan kepada sahabat-sahabat pejuang
Ya Allah... berikan kekuatan hati dan jasmani mereka, agar teguh berhadapan dengan dugaan Mu...
Ya Allah.. Iringi mereka dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Mu, agar sahabat-sahabat pejuang selamat pergi dan selamat pulang...
Ya Allah... Hanya Engkau yang kami sembah, dan Engkau tempat kami memohon pertolongan...
Amin Ya Rabbal Alamin...
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!