Bersama Berjuang

Friday, August 26, 2011

GEMPAR!!! Datuk Azeez Rahim Disahkan Gila!!! Kerusi Ketua UMNO Baling Kosong Secara Automatik!!!


Mmg gila!!! 

Itulah yang boleh GT katakan tentang Azeez Rahim ini.  Mengapa?  

Ia semua gara-gara misi kemanusiaan Somalia yang akan berlepas pada 28hb ini.  Mmg tujuannya murni, ingin membantu mangsa kebuluran yang rata-ratanya beragama Islam.  Dan mengikut nisbah, setiap 7 minit, seorang kanak-kanak akan meninggal dunia kerana kekurangan makanan.  Dan sehingga kini, ada lebih 200 ribu yang telah mendaftar untuk memdapatkan bantuan makanan disana!

Ini adalah misi kemanusian yang ke 15 darinya, selepas Mesir, Jepun, New Zealand dan banyak lagi.

Yaa.. GT tetap dakwa dan tuduh Datuk Azeez sebagai gila!!!  Nak saman, samanlah... kita jumpa di mahkamah!!! 

Datuk Azeez gila kerana beliau terlupa beberapa fakta seperti dibawah:
  1.  Somalia adalah bandar kedua paling berisiko selepas Baghdad dek kerana perang.  Maknanya, desingan peluru bakal menanti beliau di Mogadishu nanti!  Itu gila pertama!!!  
  2. Seorang rakyat Malaysia yang bertugas dalam bidang telekomunikasi telah ditembak mati sebelum ini!  Risiko besar!!!
  3. Kejayaan TLDM mematahkan serangan lanun Somalia cukup menerbitkan rasa tidak puas hati lanun-lanun ini.  Dan seramai 7 orang lanun telah diektradisi ke Malaysia.  Tidak mustahil andai beliau terdedah kepada bahaya penculikan oleh pihak lanun terbabit sebagai"ransom" untuk membebaskan rakan-rakan mereka! 
Apa lagi yang hendak ditafsirkan apabila destinasi yang anda tuju mempunyai ciri-ciri diatas???

Gila... mmg gila.  Misi kemanusian yang murni, tetapi terpaksa mengorbankan Aidilfitri bersama tersayang.  Lebih daripada itu, pilihan destinasi boleh dilabelkan sebagai "the death valley"!

Kebuluran, penyakit, perang adalah kombinasi terbaik bagi menggambarkan risiko yang bakal dihadapi oleh konvoi berkenaan! 

GT hanya mampu doakan yang terbaik untuk konvoi yang diketuai oleh Datuk Azeez ini.  Misi ini disertai oleh 40 orang termasuk doktor, sukarela dsb.  Semoga tujuan yang baik ini akan dirahmati oleh Allah.  

Dan ucapan tahniah kepada seluruh keluarga ahli misi yang rela melepaskan pemergian ahli misi demi agama, bangsa dan negara!  Pastinya, airmata ahli keluarga, isteri, anak dan ibu bapa mereka telah kering kerana menangis berikutan berita yang dapat mereka terima.  Bukan untuk menambah pilu, sekadar terharu kepada pengorbanan anda!

Itulah pengorbanan yang cukup besar, dan berisiko tinggi dari pemimpin Barisan Nasional!!!

Berjuang untuk membantu saudara sesama Islam, mungkin tidak keterlaluan andai GT kategorikan sebagai fisabilillah!

Kepada Datuk Azeez dan konvoi, semoga berjaya pergi dan kembali dengan selamat.  Kibarkan Jalur Gemilang dan panji Islam di sana!!!  

Allahuakbar!!!

6 comments:

  1. tolong ambil perhatian . Jalan di KAMPUNG PADANG CHE MAS, MUKIM PULAI 09100 BALING KEDAH rosak dan perlu dilebarkan lagi jalan tersebut. Kerana jika berselisih dengan kenderaan lain pun tak boleh. Duit cukai jalan dipaksa bayar. Tapi jalan macam " KUBANG BABI". Kata lebihan rm10 juta untuk selenggara jalan di kedah. Kenapa tak buat jalan kat kampung ni?.... Dulu aku dengar khabar angin masa umno jadi wakil rakyat di sini bila kerajaan dah lulus peruntukan orang pas menghalang pembinaan jalan tersebut. sekarang pas pulak jadi wakil rakyat dan peruntukan ada orang umno pulak sekat pembinaan jalan ini.. jalan teruk bukan jauh mana pun dalam 6km je, tak boleh buat ke???? yang susah adalah penduduk. Datuk aziz dok masuk keluar masuk keluar kat kampung ni dok bagi bantuan kat orang susah tak kan tak perasan jalan teruk??? Kalo tak percaya apa yang aku luahkan ini tak betul sila datang dan nilaikan sendiri bagaimana jalan kat sini.

    ReplyDelete
  2. good luck n all the best...semoga ALLAH merahmati n melindungi perjalanan pergi n balik...

    ReplyDelete
  3. misi ada masyuk....misi taik

    ReplyDelete
  4. syabas tahniah
    tolong telefon dato aziz nyatakan suruh buat solat minta hujan.mungkin orang somalia tidak tahu nak solat hajat minta hujan sebab dah lama tak hujan di sana.tolong lah ajarkan dia orang
    Sewaktu ingin berperang dengan tentera Parsi, tentera islam dibawah pimpinan Khalid Al-Walid sukar mendapat bekalan air setelah semua kawasan sumber air dikepung oleh musuh.Tentera Parsi dibawah pimpinan Panglima Hurmuz sengaja tidak menyerang kerana mereka mahu melihat tentera islam mati kehausan tanpa menggunakan senjata. Disaat genting itulah Pahlawan Pedang Allah ini meminta Ibnu Abbas mendirikan solat hajat kepada Allah swt minta hujan.Doa Ibnu Abbas diaminkan oleh 20,000 orang tentera islam di makbulkan Allah.Cuaca yang cerah dan panas tiba-tiba redup lalu hujan pun turun dengan lebat selepas itu! Sehinggakan lembah tempat sumber air yang dikepung musuh menjadi banjir.Musuh menjadi kelam kabut malah ada yang mati lepas selepas itu.

    ReplyDelete
  5. Geng2 PR taknak hantar sesapa ke sana ker?...

    ReplyDelete
  6. Anonymous August 27, 2011

    Somalia tiap hari kematian anak2 kerana kebuluran, keadaan yng tidak dapat dielak kerana kemarau dan peperangan.

    Kamu ni, makan mewah, satu hari entah berapa kali.. dah kenyang dan sihat apa salah pi ramai2 betulkan jalan sendiri..

    Kalo susah2 sangat tak payah guna kenderaan, jalan kaki saja macam orang Somalia.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...