Bersama Berjuang

Tuesday, November 19, 2013

MUKTAMAR PAS: Haron Din Memang Orang Yang Berilmu... Tetapi Bila Agaknya Beliau Akan Keluar Dari "Kelambu"???


Kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din di dalam Berita Harian hari ini menyebabkan kita menggeleng-gelengkan kepala. Haron Din menempelak Karpal Singh atas kenyataan pemimpin DAP itu mengenai parti berasaskan agama wajar diharamkan.  Menurut Haron Din, Karpal tidak faham agama Islam dan Karpal tidak wajar masuk campur dalam urusan rumahtangga PAS atau tidak wajar ‘masuk ke dalam kelambu’ PAS. 

Analogi ‘kelambu’ yang digunakan Haron Din membawa makna yang mendalam sekali. 

‘Kelambu’ selalunya dikaitkan dengan keintiman dan menyatakan bahawa DAP telah masuk ke dalam kelambu PAS membayangkan betapa DAP telah mengetahui segala-galanya tentang PAS.  Tiada lagi rahsia PAS yang tidak diketahui oleh DAP. 

Apa yang pelik ialah, walaupun DAP atau Karpal telah masuk ke dalam kelambu PAS, Karpal masih lagi tidak faham Islam, sepertimana yang disahkan oleh Haron Din sendiri. 

Jelas, apa yang ada di dalam PAS tidak mampu menarik Karpal ke arah Islam, jauh sekali memahamkannya mengenai agama suci ini.  Ini kerana apa yang dapat dilihat di dalam kelambu PAS hanyalah kekeliruan antara menjaga hati bukan Islam, mengambil hati umat Islam, memerangi sesama Islam, membela Syiah, menyokong komunis dan ketidakpastian mengenai LGBT. 

Justeru, tidak hairanlah Karpal semakin jauh dari Islam dan bukannya semakin tertarik dengan Islam sejak DAP ‘masuk ke dalam kelambu PAS’. 

Apa yang lebih melucukan ialah kenyataan Haron Din itu membayangkan beliau marah-marah kerana Karpal menceroboh kelambunya. Mungkin Haron Din terlupa bahawa PAS yang menjemput Karpal duduk sekelambu. 

Sehingga ke tahap ini juga, PAS yang kelihatan enggan berpisah dengan DAP sedangkan DAP sudah pernah mengugut untuk keluar pakatan sekiranya PAS terus mempertahankan Negara Islam dan Hudud.   Tetapi, PAS tidak pernah mengugut keluar pakatan sekiranya DAP terus mempersoalkan Islam.  Sebaliknya, PAS sering menganggap kenyataan DAP adalah kenyataan peribadi pemimpin tertentu dan enggan mencari gaduh dengan parti itu.  Selamanya, PAS yang terus mengalah, mengharapkan kesetiaan DAP kepadanya. 

Kini setelah DAP berada dalam kelambu yang sama, Haron Din pula yang berpura-pura baru tersedar. Apakah Ulama ini selama ini buta? 

Jika beliau boleh melihat makhluk halus yang manusia biasa tidak dapat lihat, kenapakah beliau tidak boleh melihat makhluk ‘kasar’ iaitu Karpal Singh di dalam kelambunya?  Atau Kit Siang dan Guan Eng di dalam kelambu PAS?  Hanya kerana mereka berwajah Mat Sabu, mereka tetap Kit Siang, Guan Eng dan juga Karpal berdasarkan tindak tanduk dan kenyataan yang dibuat.  Apakah Haron Din tidak nampak mereka di sebalik wajah Mat Sabu itu sedangkan seluruh negara boleh melihatnya?

Itu belum lagi Ambiga Sreevanesan atau mungkin juga Bridget Welsh yang didakwa sebagai agen CIA yang juga pernah dijemput masuk dalam kelambu PAS.  Apakah Haron Din terlepas pandang akan mereka juga? 
Hakikatnya, kelambu PAS itu sudah koyak.  Semua orang boleh melihat apa yang berlaku di dalamnya termasuk hubungan terlarang mahupun songsang. 

Kebusukan PAS sudah terdedah luas dan tidak hairanlah apabila Karpal menyuruh PAS membuang saja nama agama pada parti. Sememangnya, PAS sudah terlalu jauh dari landasan Islam.

1 comment:

  1. Ulamak pun kalau dah terlibat dengan politik akan jadi taik, mereka berkepentingan. Tak usahlah nak mendabik dada sebagai ulamak jika tak berani bercakap yang benar, kelak nanti akan mendapat penghinaan dari Allah. Tunggu sahajalah.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...