Bersama Berjuang

Monday, November 18, 2013

Fakta Perobohan Kuil Diputarbelit, Akibatnya Kerajaan Dituduh Rasis!


Anwar Ibrahim semakin tertekan susulan kemelut politik dalaman yang bakal membawa kehancuran kepada pakatan pembangkang yang diterajuinya.

Antara strategi untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap krisis kritikal yang dihadapi oleh PKR, Pas dan Dap, pembangkang menggunakan isu perkauman.

Tujuannya ialah untuk terus memburuk-burukkan kerajaan dan pemimpin negara seolah Malaysia mengamalkan dasar ala 'apartheid' seperti mana yang pernah dilakukan oleh rejim orang kulit putih di Afrika Selatan pada suatu masa dahulu.

Terbaru isu tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan struktur di sekeliling sebuah kuil kecil berusia 100 tahun telah dijadikan satu lagi agenda rasis oleh pembangkang.

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran telah sewenang-wenangnya menuduh kerajaan bersifat kejam dan rasis kerana kononnya meroboh kuil Hindu dan merampas tanah milik tempat ibadat.

Mungkin Surendran memikirkan beliau boleh menuduh apa sahaja di dalam Dewan Rakyat di bawah hak istimewa kebebasan bersuara Ahli Parlimen tetapi apa yang beliau ucapkan adalah pembohongan semata-mata.

Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah membongkarkan kepalsuan tuduhan pembangkang dalam isu ini dengan menjelaskan tanah dituduh dirampas adalah sebenarnya milik DBKL selama ini bukannya kuil.

Surendran telah mempertikaikan keputusan Yang Di-Pertua menolak usul Surendran untuk membahaskan isu kuil dan akhirnya bukan sahaja diarahkan keluar Dewan malah telah digantung daripada menghadiri persidangan Parlimen selama enam bulan.

Itu satu tindakan tepat yang patut mendapat pujian kerana jika isu ini terus dipaksakan oleh pembangkang ke atas sidang ahli-ahli Parlimen, rakyat mungkin akan terpengaruh dengan perancangan pembangkang yang bersifat rasis serta boleh mencetuskan rusuhan kaum.

Kedua, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor telah juga menjelaskan bahawa struktur yang dibina di sekeliling Kuil Hindu Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P.Ramlee itu telah menjadi tempat simpanan arak.

Malah tidak ditolak kemungkinan kumpulan gangster India menggunakan tempat tersebut untuk menyimpan senjata api atau menjalankan aktiviti jenayah mereka.

Menteri berkenaan berkata tapak kawasan yang dirobohkan itu mahu dibangunkan oleh sebuah syarikat yang lama sebelum ini menawarkan untuk membina sebuah kuil baru di kawasan lain bagi menggantikan kuil tersebut.

Kerajaan tidak terkejut jika pembangkang memperalatkan isu tersebut kerana itulah peranan pembangkang yang sentiasa memutarkan belitkan fakta atau mereka-reka fitnah tetapi bagaimana pula suara sumbang yang pernah disuarakan oleh pemimpin muda parti komponen Barisan Nasional sendiri.

Pernah T. Mohan, Ketua Pemuda MIC meminta Tengku Adnan meletak jawatan berhubung isu perobohan tersebut.

Sepatutnya tindakan tegas perlu diambil terhadap beliau yang membuat kenyataan menghentam seorang menteri persekutuan walhal parti yang beliau wakili adalah menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Begitu juga dengan isu Sekolah Kebangsaan Seri Pristina di Sg Buloh yang juga telah dijadikan isu perkauman oleh pengadu berbangsa India dan kemudiannya dieksploitasi oleh pemimpin pembangkang berbangsa India.

Rakyat juga tidak lupa bagaimana pemimpin politik pembangkang daripada kaum India juga bertahun lamanya menggunakan kematian penjenayah A. Kugan yang mati semasa dalam tahanan untuk menyerang dan memfitnah kerajaan.

Sudah tiba masanya kerajaan tidak lagi menunjukkan sikap terlalu berlembut atau sikap prihatin yang keterlaluan kerana pembangkang akan terus 'pijak kepala' untuk mendapat sokongan.

Akibatnya imej kerajaan akan terjejas dan keyakinan rakyat akan terhakis.

Kerajaan seharusnya menggunakan perundangan yang adil untuk berlaku adil terhadap semua kaum tidak mengira agama atau budaya tetapi pada masa yang sama mesti juga bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang berselindung disebalik isu hak asasi manusia atau agama untuk menggugat kestabilan negara.

Inilah yang cuba dilakukan oleh Surendran dan pemimpin-pemimpin pembangkang serta badan-badan bukan kerajaan pro pembangkang yang akan terus menyalahguna kebebasan bersuara untuk mencipta fitnah berbaur perkauman.

Sebagai sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya, sedikit api perkauman yang dinyalakan oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab boleh membakar hangus fabrik masyarakat majmuk yang selama ini hidup dalam keadaan aman dan damai di bawah kerajaan Barisan Nasional.

Pembangkang akan terus memainkan irama perkauman dalam nyanyian politiknya untuk meraih undi dan mereka tidak peduli sama ada negara akan hancur atas perbuatan mereka itu.

Perkara ini harus ditangani segera dan secara serius sebelum nasi menjadi bubur.

2 comments:

  1. Kan Ku Nan dah jelaskan, itu bukan kuil.. cuma shrine. Kalau shrine ini mmg banyak bersepah tepi 2 jalan.. shrine buddah pun ada tepi2 jalan.. mcm tu siapa2 pun boleh bina shrine kecik tepi2 jalan lepas tu kata kuil dan ambik tanah kerajaan atau tanah orang mcam tu aja.. pembangkang suka sakan lah sebab inilah platform yg mereka urung macam semut dan dinantinatikan mrk.. inilah negara Malaysia yg mempunyai ramai rakyat yang bodoh mengikut pembangkang

    ReplyDelete
  2. Di pihak kerajaan melalui pejabat tanah pbt dan agensi yg terlibat cuba halang dari awal pencerobohan tanah rizab atau tanah kerajaan dari di ceroboh. Bukan isu Kuil sahaja sesetengah kawasan rizab jalan di ceroboh oleh peniaga peniaga tom yam yg taukenya dari thailand.bila hendak di roboh banyak masalah timbul.Biasanya hanya peniaga melayu yg jadi mangsa rakus PBT.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...