Bersama Berjuang

Monday, July 15, 2013

PRK Kuala Besut: "Menate Bewok Ni Mari Jugok... Hok Alooohhh.."


Sekiranya sebelum ini, pakatan pembangkang begitu berbangga dengan kerjasama yang terjalin antara DAP-Pas-PKR yang dikatakan telah berjaya membentuk satu pakatan yang kuat dalam pilihan raya umum yang lalu. Mereka juga sebelum ini begitu mendabik dada kononnya pakatan yang dibentuk ini berjaya mengembalikan keyakinan rakyat yang dikatakan telah mula menyisihkan BN/Umno.

Namun ternyata semua yang dikatakan itu adalah dusta semata-mata, ini kerana pada hakikatnya rakyat masih lagi menolak pakatan pembangkang khususnya DAP yang begitu tebal dengan semangat kecinaan atau lebih dikenali sebagai parti ‘ultra kiasu’.

Sebagai contoh, ketika perarakan penamaan calon di pilihan raya kecil Kuala Besut ramai di kalangan pengikut dan penyokong Pas nyata tidak begitu senang dengan kehadiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Malah ada di kalangan mereka yang turut memberikan komen negatif sebaik sahaja kelibat Kit Siang terlihat di tempat proses penyerahan borang pencalonan.

Antaranya ‘Menate Ni Mari Jugok’ (Binatang Ni Datang Juga) yang diluahkan oleh salah seorang pengikut Pas tegar. Apabila ditanya beliau dengan jelas mengatakan tidak pernah percaya dengan keikhlasan, mana-mana pemimpin DAP yang jelas begitu anti-Islam. Malah menurutnya lagi, walaupun mereka berulang kali mengatakan berjuang atas nama rakyat, tetapi nawaitu jelas diragui.

Selain dari itu, beliau turut menjelaskan ramai di kalangan pemimpin ulama di dalam Pas tidak begitu senang dengan calon yang diputuskan oleh Pas pusat ini. Ini kerana ramai di kalangan mereka mengharapkan agar Nik Zawawi Nik Salleh diberikan peluang berdasarkan sumbangan dan penglibatan beliau dalam Pas selama ini.

Tambahan pula Zawawi adalah merupakan bekas wakil rakyat yang pernah memenangi kerusi tersebut. Untuk makluman pada PRU 1999, Nik Zawawi Nik Salleh (PAS) mendapat 4,426  manakala Wan Zakaria Bin Abd Rahman (BN) 3,9,39. Ustaz Nik Zawawi mengalahkan calon BN dengan majoriti 487 undi.

Menurut sumber yang meminta agar identiti beliau dirahsiakan itu, turut menjelaskan calon Pas PRK Kuala Besut, Azlan Jusuh  adalah merupakan calon ‘cari makan’ dan tidak mesra dengan pengundi khususnya kepimpinan dan ahli Pas di kawasan.

Tambah menarik, Azlan dikatakan langsung tidak membantu jentera parti dalam pilihanraya umum yang lalu. Dia dikatakan lebih banyak meluangkan masa dan tenaga bagi membantu Naib Presiden Pas, Husam Musa.

Walaupun menyandang jawatan sebagai Bendahari Pas Kawasan Besut, Azlan yang dikenali sebagai Che Long langsung tidak memberi kerjasama kepada calon Pas pada PRU 13, Napisah Ismail, sehingga calon wanita itu kalah teruk kepada BN.

Kesimpulannya, calon Pas yang membawa tagline ‘cari makan’ ini sedang berdepan dengan tentangan hebat dari kumpulan pro-ulama dan muslimah Pas.

3 comments:

  1. ketua komunis DAPig ni datang nak raih undi 125 orang masyarakat cina disitu.

    Sekadar ingatan dari kami orang-orang BN di lapangan - Harap jangan pula BN bermurah hati beri berjuta-juta ringgit nak baiki sekolah komunis jenis cina (SKJC) dan berjuta-juta lagi pada badan kebudayaan chauvinist semata-mata nak raih undi. Cukup-cukuplah menjilat puak ni. Bantu sekolah pondok dan masjid tambahan lagi di bulan Ramadhan ini lagi banyak pahalanya.

    ReplyDelete
  2. mau samak tgn kalau tersalam dgn BABI tua ni. Org Besut jgn jd bodoh mcm org Shah Alam lah.. jg asal usul dn Agama.. jika PAS menang silap2 DAP akan import masuk rumah urut cawangan dr Selangor.. !!

    ReplyDelete
  3. MAG,
    Mmg itu pun yang LK Siyal ni akan buat... BN bermurah hati? BN kan memang camtu.. hahahahaha... tak sudah2 dibodohkan oleh "rakyat Malaysia".

    Anon 9:41,
    Bagi mereka UMNO kafir, dan DAP sahabat sebantal...

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...