Bersama Berjuang

Thursday, February 21, 2013

Operasi Pengusiran Orang Melayu Oleh DAP Bermula... Datum Jelatik Perintisnya!!!




GAPS rasa terpanggil untuk turut sama menyatakan bantahan terhadap cadangan Menteri Besar yang mahu membangunkan projek kediaman kondominium super mewah di tapak runtuhan bangunan rumah pangsa orang Melayu di Kg Datuk Keramat.

Kondominium super mewah 45 tingkat Datum Jelatik yang ditawarkan dari rm 956,000 hingga rm 11.6 juta sebuah adalah harga yang langsung tidak munasabah untuk dibeli oleh orang Melayu, Cina atau India yang berpendapatan kecil atau sederhana. Hanya jutawan dan mereka yang berpendapatan minimum rm20,000 sebulan saja yang mampu untuk membeli kondominium itu.

Usaha yang di pelopori oleh PKNS ini adalah terpesong jauh dari tanggungjawab mereka yang sepatutnya membina perumahan untuk golongan rendah dan sederhana.
GAPS ingin mempertikaikan polisi perumahan kerajaan negeri khususnya PKNS yang dalam masa 5 tahun ini hanya menumpukan pembinaan rumah untuk orang kaya dan jutawan sahaja sedangkan 90% penduduk selangor adalah terdiri dari mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kondominium Datum Jelatik adalah contoh terbaik perlaksanaan polisi kerajaan negeri ini.

GAPS juga mempertikaikan penjualan secara en block 2 blok kondominium mewah Datum Jelatik kepada warga asing Singapura. Rakyat Selangor lebih memerlukan rumah di Kg Datuk Keramat ini berbanding rakyat Singapura. Nampaknya kini MB melaksanakan visi kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.

Yang paling sedih MB selaku Pengerusi PKNS pernah berjanji semasa majlis makan durian dengan penduduk Keramat ketika perobohan rumah pangsa itu beberapa tahun yang lalu bahawa akan dibangunkan rumah mampu milik disitu. Namun amat memeranjatkan kondominium super mewah pula yang akan didirikan. Jelas benar, penduduk Keramat khasnya dan penduduk Selangor amnya di tipu bulat-bulat oleh Menteri Besar Selangor.

GAPS menuntut dengan serta merta projek kondominium super mewah ini di batalkan. MB wajib menunaikan janji pembinaan perumahan rakyat mampu milik di tapak rumah pangsa keramat itu. Kalau projek kondominium Padang Pkns Kelana Jaya boleh dibatalkan, projek kondominium Dolomite Batu Caves boleh dibatalkan, maka MB juga wajib membatalkan projek kondominium super mewah Datum Jelatik, Kg Datuk Keramat.

Hamidzun Khairuddin
Presiden GAPS
Merangkap
Pengerusi bersama
Seketariat Jom Tolak Pakatan
21 Feb 2013, Shah Alam

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...