Bersama Berjuang

Tuesday, September 4, 2012

Merdeka 55 Tahun Di Selangor - Merdeka Bererti "Hapuskan" Kedaulatan Raja??? Tahniah Khalid Ibrahim...



Rentetan dari artikel penulis bertajuk “Malaysia Ke Arah Republik – Benih Yang Sedang Berputik”, seperti akan ada satu komplot terancang yang mahu melenyapkan institusi kesultanan Melayu dari sistem pentadbiran negara kita.

Sebenarnya, ia bukanlah rahsia, apatah lagi sepanjang 4 tahun kebelakangan ini yang menyaksikan institusi berkenaan dihina, dan dipermainkan sewenang-wenangnya.  Mungkin ramai yang terlupa, akan peranan yang dimainkan oleh institusi berkenaan, dari sejak era menentang penjajah, sehinggalah perjuangan menuntut kemerdekaan.

Wasiat Raja-Raja Melayu, contohnya, menyaksikan apa yang telah dikorbankan, dengan persetujuan Raja-Raja Melayu, semata-mata ingin memberi ruang dan peluang kepada bukan Melayu untuk menikmatikan kemakmuran negara ini.

Namun, setelah diterima baik sebagai rakyat negara ini, masih ada golongan yang tidak pernah bersyukur, malah berterusan memainkan sentimen berbaur “anti-establishment”, terutamanya yang melibatkan hal ehwal orang Melayu.  Jika dilihat dari sejarah, 1965 menyaksikan DAP muncul dengan slogan “Malaysian Malaysia” yang antaranya bertujuan untuk menyingkirkan institusi kesultanan Melayu.

Tanpa jemu, akhirnya 47 tahun kemudian, cita-cita mereka sudah mula berputik.  Lebih parah, ianya menyusup masuk ke sanubari Melayu, yang telah zaman berzaman menjadikan Sultan sebagai ketua mereka.

Permulaan kepada sebuah pengakhiran... DISINI

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...