Bersama Berjuang

Wednesday, September 12, 2012

EDISI KANTOI: Dokumen Kerugian UNISEL Yang Ditandatangani Menteri Besar DIDEDAHKAN!!!



Dokumen di atas ialah laporan audit unisel yg telah ditandatangani oleh MB dan juga pegawai kewangan negeri Dato Arif Rahman. 

Kenyataan bahawa kewangan unisel perlu diselaraskan adalah satu pembohongan untuk menutup kelemahan mereka semata.  Untuk makluman, GT beroleh maklumat dalaman bahawa MB sendiri telah melenting gara-gara kebocoran maklumat ini. 

Kantoi beb... kantooiiiii... hehehe... 

Berdasarkan polisi Unisel, pendapatan Unisel adalah dari yuran pengajian dan juga yuran penginapan yang diberikan kepada pelajar dan ianya diiktiraf sebagai pendapatan secara rasmi apabila yuran pengajian dan yuran penginapan diterima daripada pelajar.

Pendapatan syarikat dari tahun 2008 sehingga 2010 adalah menurun dan agak merundum. Pada tahun 2008 pendapatan tahunan adalah sebanyak RM 94.40 juta, tahun 2009 ianya menurun sehingga RM 93.51 juta manakala pendapatan 2010 ianya terus merundum sehingga RM 75.48 juta. 

Perbezaan penurunan pendapatan syarikat dari tahun 2008 sehingga 2009 adalah sebanyak RM 890,911 atau berkurangan sebanyak 0.94%, pendapatan dari tahun 2009 sehingga 2010 menurun sebanyak RM 18,033,558 atau berkurangan sebanyak 19.28% manakala dari tahun 2008 sehingga 2010 pendapatan terus merundum dengan perbezaan sebanyak RM 18,924,469 atau menurun sebanyak 20.05%. 

Kerajaan PKR Sgor pernah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah pelajar Unisel mencecah 13 ribu orang. 

Persoalannya... Ke manakah duit PTPTN yang dibayar oleh para pelajar?  Gone somewhere???

1 comment:

  1. Rugi sebab apa? Mudah saja. Sebenarnya. Sebilangan pelajar sudah mula menyahut seruan kerajaan Anuar Ibrahim dengan tidak mahu membayar yuran pengajian dan penginapan... Bukan kah pendidikan itu percuma? Kenapa pulak nak kena bayar yuran?

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...