Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS dan juga Ahli Parlimen Pokok Sena adalah antara nama yang dikatakan begitu ‘berminat’ dengan jawatan Menteri Besar Kedah. Namun, untuk mencapai matlamat itu amatlah sukar kerana beliau perlu berhadapan bukan sahaja dengan Dato’ Seri Azizan Razak, yang mendapat sokongan akar umbi dan golongan ulama tetapi juga Mat Sabu dan Phahrolrazi yang menyimpan cita-cita yang sama.
Dan lebih dari itu, Mahfuz juga sedar bahawa beliau perlu terlebih dahulu memastikan yang PAS menang di Kedah.
Untuk rekod, BN memenangi 14 daripada 36 Negeri pada 2008 yang hampir kesemuanya dikuasai UMNO manakala Pakatan memenangi 22 kerusi, dengan majoriti dikuasai PAS dengan 16 kerusi.
Namun, ada juga yang berkata bahawa Mahfuz adalah antara yang telah dipilih oleh Anwar untuk berada dalam barisan Ahli Parlimen dan bakal Menteri Kabinet jika PR menang dalam PRU-13 ini.
Bagaimanapun, keadaan semasa di dalam PAS di mana kumpulan Anwarinas kini menghadapi kebangkitan kumpulan ulama, meyakinkan kita bahawa Anwar lebih memerlukan Mahfuz untuk menerajui Kedah bagi mengekang kebangkitan ini berbanding di dalam kabinet PR yang belum tentu akan atau bila boleh diwujudkan.
Sehubungan dengan itu, desas-desus kedengaran bahawa Mahfuz bakal bertemu dengan Dato’ Sahlan Ismail Nasution, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, yang juga merupakan abang kepada Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution di gelanggang N9 Bukit Lada di dalam Parlimen Pokok Sena. Kerusi tersebut kini dipegang oleh Ahmad Izzat Shauki (PAS) yang menang tipis menentang Datuk Ariffin Man (BN) dengan majoriti 208.
Jika ini berlaku, kita hampir pasti akan dapat menyaksikan mimpi-mimpi Mahfuz untuk menjadi Menteri Besar Kedah, hancur berkecai.
Ini kerana Dato’ Sahlan adalah seorang yang berintegriti dan berkeperibadian tinggi. Sebelum ini, beliau pernah diura-urakan akan dicalonkan di Kulim-Bandar Bharu menentang adiknya sendiri dan mengikut perkiraan, beliau mampu menang mudah mengatasi adiknya berdasarkan sentimen politik rakyat setempat dan keperibadian antara kedua mereka.
Dato’ Sahlan dengan Mahfuz adalah umpama langit dengan bumi dari segenap segi iaitu keperibadian, pengalaman dan juga pendidikan. Dengan latarbelakang pendidikan Mahfuz yang berbekalkan SRP dan pengalaman menjadi porter di lapangan terbang, bagaimana beliau mampu meyakinkan rakyat yang beliau adalah pemimpin yang lebih baik dari dari seorang yang berpengalaman luas termasuk sebagai Setiausaha Sulit Perdana Menteri seperti Dato’ Sahlan?
Lebih malang lagi, Mahfuz juga tidak boleh menggunakan ‘agama’ sebagai modal politiknya kerana umum tahu beliau bukan ulama. Malah, sekali pandang, Dato’ Sahlan tampak lebih ‘beragama’ dari Mahfuz walaupun Mahfuz mewakili parti yang menggunakan nama agama.
Atas faktor ini, maka kita tidak hairan apabila kajiselidik tidak rasmi yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu menganggarkan Mahfuz bakal kalah dengan majoriti lebih 1,000 jika menentang Dato’ Sahlan. Tidak mustahil angka ini bertambah jika diambil kira tindakan sabotaj terhadap Mahfuz yang bakal dilancarkan oleh mereka-mereka di dalam PAS yang turut mengidamkan kerusi Menteri Besar Kedah tadi.
Ini bukan sesuatu yang mustahil memandangkan akhir-akhir ini, kumpulan Mat Sabu dikatakan semakin agresif ‘mengintai’ percaturan pihak Mahfuz.
Seperti juga Mahfuz, Mat Sabu telah dan sedang melakukan berbagai cara untuk mempengaruhi kepimpinan PAS pusat untuk menyokong dan membantunya mencapai matlamat menjadi MB Kedah.
Nampaknya jalan yang perlu dilalui Mahfuz untuk duduk di takhta Wisma Darulaman adalah sama sukarnya dengan jalan yang perlu dilalui oleh Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya.
Nampaknya lepaih ni mat sabun pi jadi porter balik la...nak buat macamana dah nasib badan...huhuhu
ReplyDeleteHang dok pertikai kelulusan akademik org,sedang kn Umno pernah letak org yg berpelajaran lansung di DUN Pelabuhan Klang.Dh lupa kot!
ReplyDeleteBetul tu anon 430. Oleh sebab depa tak da pelajaran, mari kita pakat angkat depa jadi PM Malaysia! Hang mesti suka gila tgk PM hang jadi badut kat International Conference masuk TV reporter omputih tanya kut bahasa omputih, dia jawab kut melayu pelat utara pekat. Amacam? Suka?
ReplyDeleteDato Sahlan ni pernah berkhidmat di kelantan tahun 90-an...orang kuat BTN ni...bagus2, dia pun ada byk pengalaman semasa di Kelantan...
ReplyDeletejangan pecaya ini juga tali barut besar PKR....ada hubungan perniagaan dengan khalid ibrahim ..tunggu pendedahan jika dia terus bertanding di pokok sena.
ReplyDeletebalenciaga sneakers
ReplyDeletesupreme
curry 6
kyrie 5
bape clothing
supreme clothing
cheap jordans
cheap jordans
nike shox
bape