Secara keseluruhan di seluruh negara terdapat 222 kerusi parlimen. Untuk memenangi pilihanraya seterusnya menguasai tampuk pemerintahan peringkat pusat secara majoriti mudah bermakna minima 112 kerusi perlu dimiliki.
Pada masa sekarang pakatan pembangkang memiliki 75 kerusi (sebelumnya 82), 7 dimiliki Bebas yang terdiri dari kalangan bekas pemimpin PKR manakala BN pula menguasai 140 kerusi.
Mengikut ramalan saudagar mimpi terkenal pula iaitu Anwar Ibrahim, tanpa teragak-agak telah mensasarkan kemenangan pembangkang dengan majoriti mudah dengan kelebihan 10 kerusi. (Nanyang Siang Pau dan China Press)
Maksudnya Anwar yakin pakatan pembangkang yang 'diketuainya' mampu menang mudah di 122 kerusi parlimen pada PRU 13 kelak.
Dalam pada pembangkang masih mempertikaikan ketelusan dan keberkesanan SPR dalam menguruskan daftar pengundi pilihanraya, boleh pula Anwar meramalkan kemenangan bakal menjadi miliknya.
Nampak sangat segala macam serangan terhadap kewibawaan SPR sebelum ini hanyalah agenda politik pembangkang semata-mata, lagipun kalau betul SPR tidak telus patutnya Kelantan dah lama kembali kepada BN.
Berbalik pada keyakinan Anwar untuk menguasai 122 kerusi parlimen itu, sebetulnya siapa saja boleh membuat ramalan sambil bermimpi indah tambah-tambah lagi untuk memujuk hati sendiri.
Tapi realitinya jarang sekali mengikut kehendak mimpi. Contoh mudah waktu Anwar sibuk mencanangkan mimpinya untuk menjadi PM 16 September 2008, walaupun berjaya menyebabkan penyokong pembangkang hanyut dalam lamunan, hakikat kemudiannya jauh panggang dari api.
Trend sekarang tidak lagi sama seperti PRU 12 2008 dulu, hatta masyarakat Cina yang sebelum ini diketahui mendukung kuat agenda pakatan pembangkang pun sudah beransur-ansur menjauhi Anwar dan kuncu-kuncunya.
Ditambah lagi dengan sokongan majoriti orang Melayu dan bumiputera lain serta kaum India condong bersama BN tentu saja sukar untuk Anwar merealisasikan mimpinya.
Mengikut kajian ramai penganalisis politik, dalam pilihanraya akan datang paling tinggi pun hanya 70 kerusi parlimen sahaja yang boleh dimenangi pembangkang berbanding pencapaian terbaik mereka menguasai 82 kerusi semasa PRU 12 sebelum ini.
Populariti yang dikecapi Anwar dan PR hasil kelemahan kepimpinan negara sebelum ini sudah tidak sama seperti dulu. Sebagaimana pembangkang naik mencanak demikian juga jatuhnya agak merudum.
Terlampau banyak isu melingkari polisi dan dasar pembangkang yang diketahui umum tidak secocok dengan realiti masyarakat Malaysia yang menyebabkan Anwar hanya layak untuk kekal sebagai saudagar mimpi sahaja.
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!