Bersama Berjuang

Thursday, June 21, 2012

Apakah Nasib Hudud PAS Dengan Hanya Kemenangan 20 Kerusi Parlimen?



Pada Julai 2011, PAS menyatakan hasratnya untuk bertanding di 80 kerusi parlimen dengan mengambil alih beberapa kerusi milik PKR bagaimanapun tentangan keras dari PKR memungkinkan impian PAS itu tidak akan tercapai.

PKR terutama Anwar Ibrahim melihat sebarang cubaan PAS mahu merampas kerusi milik PKR sebagai satu ancaman terhadap penguasaannya dalam pakatan pembangkang.

Mengikut maklumat dalaman PAS yang terbaru, dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) akan datang, PAS dijangkakan hanya akan bertanding di 67 kerusi parlimen. 

Walaupun ia belum muktamad disebabkan isu perebutan kerusi di antara PAS dan PKR masih belum diselesaikan bagi kerusi campuran, namun keputusan akhir tidak akan jauh berbeza dari angka tersebut. 

Daripada kira-kira 67 kerusi yang dipertandingkan itu, pimpinan PAS meramalkan mereka hanya berkemampuan mencatat kemenangan di 20 kerusi parlimen sahaja, merosot berbanding PRU 12 2008.

Berikutan itu, timbul persoalan di mana duduk letaknya nasib hukum hudud PAS yang sebelum ini sering diwar-warkan kepada umum konon akan dilaksanakan sebaik sebelum ayam jantan habis berkokok.

Dalam konteks perancangan pakatan pembangkang kini mereka masih meletakkan harapan besar kepada undi masyarakat Cina sekalipun pasca Bersih 3.0 menyaksikan sokongan pengundi kaum itu untuk pembangkang semakin merosot.

DAP mahupun PKR tentu sahaja tidak akan membenarkan isu hudud PAS terus merencatkan peluang pakatan pembangkang yang diketahui semakin kelam selepas kekacauan dan keganasan dalam demonstrasi jalanan Bersih 3.0 tempohari.

Manakala PAS pula terpaksa menghadapi hakikat saban hari pengundi atas pagar kian menjauhi mereka disebabkan kelemahan pimpinan PAS dalam menghadapi tekanan DAP dan PKR berhubung isu hudud dan negara Islam.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beberapa mesyuarat peringkat tertinggi di antara pimpinan pakatan pembangkang merumuskan jalan menuju Putrajaya agak sukar dan terlampau jauh untuk digapai. 

Sekalipun DAP diramalkan mungkin mengekalkan kedudukan sebagai parti pembangkang yang paling banyak memenangi kerusi parlimen, di masa yang sama PAS dan PKR berdepan situasi sukar untuk mengekalkan sebahagian kerusi parlimen dan DUN yang mereka miliki sekarang.

Sebagai langkah pro aktif untuk merencatkan kebangkitan BN, satu cara yang bakal mereka laksanakan ialah dengan mempertikaikan kelayakan calon-calon BN dengan harapan kemenangan tanpa bertanding akan menjadi milik calon pembangkang.

Melalui beberapa siri mesyuarat dan kursus khas pilihanraya yang telah dan sedang giat dilaksanakan sekarang, mereka juga sepakat menumpukan usaha untuk mempotretkan imej hitam pada SPR sebagai salah satu kaedah psycho war menjelang PRU 13.

Berdasarkan gerakan aggresif pemimpin pembangkang dan NGO proksi mereka tika ini, jelas sekali maklumat terbaru ini ada asasnya untuk diambil perhatian serius oleh SPR, apatah lagi beberapa pendedahan berkaitan puluhan pengundi yang beralamat sama kebanyakannya timbul selepas SPR membenarkan agen parti politik mendaftarkan pengundi.

Tak mustahil, bilamana pembangkang gagal mengekalkan prestasi mereka, maka imej buruk yang dipotretkan pada SPR itu akan diterjemahkan kononnya sebagai justifikasi wujudnya ketidakadilan dalam sistem pilihanraya kendalian badan tersebut.

2 comments:

  1. Salam Bro,kita pun tak faham dengan Hj.Hadi dan Nik Ajis ni.Mereka bergelar ulamak tetapi masih bergelumang dengan pembohongan.Apa mereka kalis dosa ke ?

    ReplyDelete
  2. Pas sudah terdesak untuk menjadi parti politik yang dominan, pas sedar mereka berada di tempat ke 3 dalam PR selepas PKR dan sedar menjadi tunggangan Dap dan pkr.Atas sebab nafsu politik agama mereka sanggup lacurkan.Oleh kerana sudah terdesak taktik pas sekarang mengunakan jalan tengah antara BN dan PR. Pada PRU 13 ditakdirkan PR menang Pas akan minta jawatan tertinggi dan jawatan penting daripada PKR dan DAP dan jika tidak dilayan mereka akan mengugut akan kluar daripada PR dan bergabung dengan BN.Pada BN terutamanya UMNO Pas akan gunakan parlimen yang mereka menang untuk tawar menawar untuk jawatan tertinggi di dalam kerajaan terutama jawatan PM memandangkan BN sudah terdesak ketika itu untuk menyelamatkan agama islam, bangsa melayu dan negaya tercinta ini. Itulah ramalan Pas sebenarnya dan mereka mengharapkan perkara itu terjadi. Sebab itu pas tak kisah nak melacurkan agama , bangsa dan negara ini asalkan BN kalah pada PRU13 nanti untuk memudakkan mereka mengambil jalan pintas ke putrajaya.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...