Bersama Berjuang

Tuesday, May 29, 2012

Projek Lebuhraya Ke Syurga Bermula Di Kelantan Kerana PRU Semakin Hampir!!!



Baru saja disergah oleh Majlis Fatwa Masjidil Haram berkenaan fatwa sesat yang menjanjikan syurga kepada pengundi, hari ini Nik Aziz sekali lagi menjanjikan pahala pula kepada manusia yang menderma untuk pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bernilai RM1.8 billion sepanjang 73km.  

Menurut laporan Berita Harian, Nik Aziz juga mengakui turut menyumbang RM5,000 bagi pihak arwah ibu dan ayahnya sebagai  bayaran pahala kepada mereka.    Nik Aziz berkata demikian selepas majlis pecah tanah pakej Satu lebuh raya itu antara Machang-Kuala Krai yang membabitkan laluan sepanjang 43 km. 

Nik Aziz dengan itu menyeru rakyat untuk menderma bagi memastikan lebuh raya ini siap sepenuhnya.   Derma itu pasti akan digantikan dengan ganjaran pahala, katanya.   

Menarik sekali!  Cuma kita ada sedikit kemusykilan:

Adakah jumlah sumbangan menentukan jumlah ganjaran pahala?  Atau adakah semua yang menderma akan menerima jumlah pahala yang sama tanpa mengira jumlahnya?  Dan bolehkah kita menebus dosa dengan menderma kepada pembinaan lebuh raya ini atau menggunakan sistem kontra iaitu, satu jenis dosa untuk beberapa ringgit derma?   

Bagaimana pula jika ada yang menderma dengan wang haram?  Apakah mereka juga mendapat pahala?   Jika orang bukan Islam yang menderma, apakah mereka akan dikecualikan dari api neraka atau sekadar diringankan siksaan?  

Bagaimana pula dengan orang yang telah mengundi PAS yang telah dijamin syurganya oleh Nik Aziz?  Apakah dengan menderma lagi kepada lebuh raya ini maka mereka akan berpeluang untuk mendapat syurga yang lebih tinggi?  

Kita perlukan sedikit butiran lanjut mengenai perkara ini kerana ramai lagi umat Islam yang tidak mengundi PAS dan mereka ini semua pasti ingin tahu lebih lanjut kalau-kalau derma ini akan membantu memberatkan timbangan pahala ketika dihisab nanti.   

Lebuh Raya Rakyat ini juga dikatakan bakal menyediakan laluan khas untuk binatang seperti gajah dan harimau yang dikatakan melalui kawasan itu.  Tidak pula dikhabarkan sama ada laluan khas untuk makhluk-makhluk lain seperti jin atau bunian juga disediakan dan diasingkan jantina, bagi menepati sifat sebuah lebuh raya ke syurga.   

Apa yang kurang menarik ialah, walaupun lebuh raya ini bersifat ‘saham akhirat’, ini tidak bermakna yang lebuh raya ini akan beroperasi tanpa tol.  Sebelum ini Husam Musa telah membuat kenyataan bahawa “Mungkin akan ada tol nanti tapi kadarnya lebih murah dan berbeza mengikut musim.”  

Nampaknya, walaupun Pakatan Rakyat menjanjikan lebuhraya tanpa tol di Malaysia tetapi Kelantan sebagai Serambi Mekah, sekali lagi mengatasi negeri-negeri lain dalam soal ini di mana tol dihalalkan di sana.  

Maka terfikir juga kita, mungkinkah bayaran tol bagi lebuhraya ini juga akan mendapat ganjaran pahala?   Jika ya, bolehkah Nik Aziz memanjangkan pemberian pahala itu untuk pembayar tol di lebuh raya negeri-negeri lain?   

Kita boleh ketawa geli hati dan menggeleng-gelengkan kepala dengan kesesatan yang dibawa Nik Aziz, tetapi berapa ramai pula yang akan tersesat dengan mempercayai bahawa Nik Aziz benar-benar mampu menjanjikan pahala kepada manusia, terutamanya manusia yang menderma dengan niat inginkan pahala dan bukan kerana ingin membantu mereka yang memerlukan.     

Sepatutnya, sebelum menyeru rakyat menderma untuk membina lebuhraya lebih baik Nik Aziz memungut derma untuk membina masjid yang sudah dijanjikan pahalanya oleh Allah S.W.T.    Bukan rakyat tidak tahu bahawa kerajaan PAS Kelantan hanya mampu membina satu masjid sahaja sepanjang dua dekad pemerintahan.  Masjid-masjid lain semuanya dibina oleh kerajaan pusat.  

Hakikatnya, meminta derma dari rakyat merupakan satu kenyataan rasmi bahawa PAS telah GAGAL TOTAL.   

PAS gagal menjana kewangan negeri dan akibatnya gagal menyediakan kemudahan asas kepada rakyat, gagal membuka peluang pekerjaan, gagal menaikkan taraf hidup rakyat dan kini PAS tidak malu ingin menagih derma dari rakyat pula.   

Rata-rata rakyat Kelantan hidup dalam kemiskinan dan Islam telah mengingatkan bahawa kemiskinan menghampirkan kita kepada kekufuran.   Justeru, bagaimana hendak ke syurga jika miskin dan tak mampu menderma untuk pembinaan lebuhraya?  Bagaimana hendak ke syurga jika kufur?   Apakah hanya dengan mengundi PAS?   

Inikah yang Nik Aziz cuba sampaikan sebenarnya iaitu kempen ‘Undilah PAS’ sempena pilihanraya yang semakin hampir?   

Apapun, apa yang kita nampak ialah Nik Aziz sebenarnya cuba memungut derma untuk menampung dana pilihanraya, bukannya untuk projek lebuh raya.

4 comments:

  1. kalau pas boleh buat highway dengan derma, waw boleh pecah rekod dunia. tak dengar kata masjid pun tak leh nak buat. entah-entah dalam 2 dekat pas kelantan pun tak sanggup buat surau.

    ReplyDelete
  2. Palo senok set PAS bodo

    PAS Jubo Lembu

    ReplyDelete
  3. Pas dah terdesak nak kutip derma untuk PRU 13.Seperti biasa buat upcara majlis pecah tanah kemudian disusuli dengan acara pecah amanah.
    Sampai bila kah keluargaku ditipu hidup2 oleh Pas

    ReplyDelete
  4. Apalah salahnya TGNA nak lancarkan dana WAKAF bina lebuhraya. Jangan sempitkan minda kita. Kalau nak berwakaf tertumpu kepada masjid, madrasah dan asrama anak yatim sahaja, Ingat salah satu perkara baik yang dilakukan akan mendapat pahala berterusan selagi dimanfaatkan adalah amal jariah, termasuklah wakaf membina lebuhraya. Apakah kita tak percaya pada apa yang nabi sampaikan.
    Road runner

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...