Apabila Tuanku Sultan Selangor bertitah agar soal bekalan air di Selangor jangan dipolitikkan, ia adalah satu petanda bahawa campurtangan ke dalam soal pentadbiran wajib dibuat, demi negeri dan rakyat di bawah payung baginda.
Secara langsung, ia membuktikan ketidakupayaan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dalam mentadbir negeri baginda.
Rasanya, masih terngiang-ngiang kepayahan sebahagian besar warga Lembah Klang pada suatu masa, apabila krisis bekalan air melanda. Mungkin ramai generasi muda sudah terlupa, betapa ayah dan ibu mereka waktu itu terpaksa menunggu lori bekalan air Jabatan Bekalan Air Selangor untuk mendapatkan bekalan air Selangor.
Jika itu belum cukup menyusahkan, maka kenang kembali bagaimana penduduk-penduduk kawasan padat di Lembah Klang yang menjadikan rumah pangsa sebagai tempat berlindung utama, yang terpaksa menggunakan tangga dan lif untuk membawa naik air yang diisi di dalam baldi dan tong untuk kegunaan anak-anak mereka.
Bayangkan mereka yang tinggal di tingkat 5, 6 , 7 dan seterusnya, dan lif tiada, atau rosak.
Itu yang pernah berlaku, dan tidak pernah berbohong akan kepayahan yang dilalui.
Sehingga artikel ini ditulis, Khalid Ibrahim masih tidak mampu memberitahu, siapakah atau konsultan manakah yang membuat kajian dan menghasilkan air Selangor cukup sehingga 2019!
Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor (PPAMPS) di Hulu Langat menjadi mangsa politik jahanam puak-puak yang lebih mementingkan "political mileage" berbanding kebajikan dan keperluan negeri serta rakyat.
Untuk makluman semua, projek ini bukan hanya membekalkan air kepada rakyat, malah secara strategiknya membekalkan industri-industri baru di kawasan sekitar. Dengan perancangan pembinaan kilang-kilang berdasarkan kapasiti keupayaan, terdapat 12 ribu peluang pekerjaan akan diwujudkan.
Ini bermakna, apabila Khalid Ibrahim masih bodoh sombong, 12 ribu peluang pekerjaan untuk rakyat Selangor akan terhapus begitu sahaja. Mana mungkin industri-industri yang dirancang pembinaannya beroperasi tanpa sumber bekalan air. Perincian maklumat akan GT dapatkan secepat mungkin.
Loji Langat 2 ini perlu beroperasi seperti yang dirancangkan. Projek sudah berjalan, hanya tinggal untuk "memasuki" tanah Selangor. GT mendesak agar kerajaan persekutuan segera membinanya, by hook or by crook, at all cost!
Kalau terpaksa "bulldoze", apa salahnya demi negeriku yang tercinta ini, Selangor Darul Ehsan dan sekelian rakyat Tuanku Sultan Selangor.
Kalau demo ganas, zalim dan merugikan banyak pihak pun mereka teruskan, apatah lagi sumber air yang diperlukan oleh semua!
Desakan GT ..... BULLDOZE JER....
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!