Bersama Berjuang

Thursday, May 10, 2012

Dalam Setandan Pisang, Pasti Ada Yg Busuk. Yang Busuk Itulah Marina Mahathir!



Ada juga sebenarnya beberapa kerat penyokong & peserta BERSIH 3.0 yang non-partisan masih memegang erat kepercayaan bahawa BERSIH hanyalah sebuah NGO yang berniat baik sebagaimana digambarkan melalui 8 tuntutannya yang kelihatan tulus dan murni.

Bab kata orang, mudah terpesona melihat kulit buku dan tajuknya hingga terlupa peri penting isinya perlu dihalusi dahulu sebelum mengotakan niat untuk membeli buku tersebut.

Marina Mahathir adalah antara peserta BERSIH 3.0 yang tergolong dalam kumpulan tersebut, terpengaruh dengan tuntutan yang dilihat bagus dan menarik kemudiannya terjebak untuk mempertahankan segala tindak tanduk BERSIH atas nama kebebasan bersuara, keadilan dan hak asasi manusia.

Menulis dalam blognya pada 08 Mei, Marina meluahkan pendapatnya mempertahankan BERSIH 3.0 sebagai agenda rakyat yang langsung tiada kaitan dengan kebangkitan di negara Arab khususnya yang berlaku di Mesir, Yemen, Libya dan Syria.

Katanya lagi, tiada alasan untuk dibimbangi tentang kemungkinan BERSIH 3.0 bertukar menjadi kacau bilau seperti yang terjadi di negara-negara Arab tersebut.

Itu kata Marina yang kita ketahui kerap bergiat aktif bersama pelbagai NGO, berfikiran sedikit liberal & terbuka tapi naif soal sepak teranjang dunia politik sekalipun ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohammad adalah tokoh politik terkenal tanahair. 

Sebenarnya ternampak jelas, Marina samaada lurus bendul atau sebenarnya sudah terjerat dalam mainan politik pembangkang hingga terpaksa mencari dalil dan hujah untuk menghalalkan penglibatan dalam kerusuhan yang tercetus gara-gara BERSIH 3.0

Hakikatnya apa yang berlaku 28 April lalu hanyalah lanjutan kepada cubaan pembangkang yang mahu meng'tahrir'kan Dataran Merdeka sebagaimana diterjemahkan melalui perarakan anti-PTPTN yang diadakan pada 14 April 2012 yang kemudian meleret menjadi perkhemahan siang malam di sana selama beberapa hari.

BERSIH 3.0 temanya 'Duduk dan Bantah' manakala penegasan oleh Pengerusi Bersama BERSIH 3.0, Datuk S. Ambiga sehari sebelum perhimpunan berlangsung ialah mereka hanya akan duduk dan bantah di kawasan yang sehampir mungkin dengan Dataran Merdeka tanpa melanggar atau mengalih pengadang jalan yang didirikan oleh pihak polis dan DBKL.

Jika BERSIH 3.0 berniat tulus ikhlas untuk mengadakan perhimpunan aman tentu saja sebaik arahan oleh Ambiga yang mahu peserta bersurai maka semuanya berakhir begitu saja tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. 

Namun apa yang berlaku ialah perhimpunan diteruskan dan berlakunya serbuan peserta ke arah Dataran Merdeka selepas Anwar dan Azmin berbalas isyarat yang kemudiannya diikuti dengan tindakbalas pihak berkuasa untuk menyuraikan serbuan tersebut.

Malah ucapan Azmin Ali kira-kira sejam sebelum keributan berlaku jelas membayangkan hasrat pembangkang yang mahu mengepung dan menawan Dataran Merdeka - satu bukti nyata mereka mahu menjadikan Dataran Merdeka sama seperti yang berlaku di Dataran Tahrir.

Begitu juga ucapan Anwar Ibrahim sebelum masuknya waktu solat Zohor yang mahu peserta BERSIH 3.0 menuju masuk ke Dataran Merdeka - bukankah itu terbukti membelakangi arahan mahkamah yang memerintahkan supaya tiada perhimpunan di adakan di kawasan tersebut.

Arahan mahkamah akhirnya dicabuli, undang-undang dilanggar dan harta benda awam dijahanamkan dan anggota polis dicederakan - realitinya perhimpunan aman yang kononnya memperjuangkan ketelusan dan keadilan sebagaimana digambarkan selama ini oleh BERSIH dan pembangkang, sebetulnya hanyalah tong kosong yang dipukul bertalu-talu bunyi kuat tapi isinya zero tiada manfaat. 

Marina Mahathir, yang tercari-cari bagaimana mahu dirinya dihargai umum seperti saudara kandungnya yang lain, masih mencuba dan terus mencuba melalui akaun twitternya berbunyi "If We're Not Egypt, Why Fear Bersih?" 

Malang bagi Marina apabila Fuad Hassan retweet " We don't have Mubarak, but why want to create Tahrir Square?"

Marina terdiam.  Twitternya senyap.  

Benarlah pesan orang-orang tua, setandang pisang, pastinya akan ada yang rosak/busuk. Sedang adik-beradiknya mencapai kejayaan dan pengiktirafan, Marina masih terkial-kial mencari perhatian dan kaseh sayang.  

Maka yang rosak/busuk itulah Marina.  

Kepada Ayahanda Tun M, maaf atas artikel ini.  Anakanda sudah tidak boleh lagi sabar dengan karenah pisang busuk.  


3 comments:

  1. Saya syg Tun M. Dia seorang negarawan dan bapa pembangunan, tapi apakan daya dia tak pandai didik anak.

    ReplyDelete
  2. Dah putus Haid...menopause ... Air naik atas Kepala...
    Ada kureng sikit...nak buat mcm mana..

    ReplyDelete
  3. Wah-wah banyak juga pisang-pisang Tun Mahathir ni ye sampai setandan. Tahniah Tun dan Tun Siti Hasmah. Saya tumpang bangga. (sebab pisang saya tak menjadi lagi sedih-sedih dah 10 tahun kawin dah-usahkan setandan sebutir pun tak ada.)

    Anyway - back to the main topic...
    Ye yang sebutir tu dah peringkat dah hitam kulit pisangnya. Dah tak boleh ubah dah. Cuma harapannya kita buat cekodok dan letak hujung pinggan. Biar dia jadi cekodok sejuk. Jangan ambil pusing dia ni. Jangan pulak kita menggunakan perkataan yang tidak baik kepada beliau.Kita tidak harapkan yang sebutir ni membantu tapi duk diam-diam je jadi lah. Dan untuk tugas itu hanya Tun M je mampu buat. (suami beliau saya tak pasti- janda ke atau ada suami dia ni?)

    walaubagaimana pun pada suatu ketika dulu ada juga jasa beliau. Dulu beliau aktif memperjuangkan hak wanita dalam Islam( sama geng dengan sister of Islam - eh mana diaorang ye? agak senyap kebelakangan ini. Semua dah pakai tudung kot heheheh sebab tu tak nampak lagi). Ada juga pendapat beliau yang bernas contohnya untuk merubah sistem Mahkamah Syariah yang agak male-centric sikit. Itu saya setuju.

    Dan di Majlis Aids Malaysia beliau pernah jadi Presidentnya.. seorang Muslim yang membantu golongan pengidap HIV yang mana waktu itu orang Islam masih lagi memandang hina pada golongan ini. Ye benar hampir semua itu patut kita hina sebab hasil perbuatan mereka sendiri dengan amalan yang tidak sihat. (walaupun boleh hina tetapi kita wajib juga membantu sebagai orang Islam - sebab peluang ini akan diambil oleh mubaligh Kristian ka, golongan liberal kan etc)
    Pengidap aids bukan mereka sahaja. Ada juga kanak-kanak dan golongan yang teraniaya seperti isteri atau suami. Dan golongan ini juga di bantu oleh Majlis Aids ni. Waktu itu Majlis-majlis agama/jabatan agama masih lagi mempunyai prejudis yang tinggi kepada golongan ini. Sumbangan pisang sebutir ini untuk golongan ini saya sanjungi.

    Beliau juga pernag buat kempen MY-Quran - satu kempen mengalakkan orang abca Quran TETAPI rasa lain macam pulak sebab digalakkan buat tafsiran sendiri. Baca dan tafsir tanpa panduan. Bahaya jugak tu. Saya dah tak sedap hati dah waktu ini. Niat beliau mungkin baik tapi cara salah. Mungkin meminjam kata empunya blog beliau ini terlalu Naif.

    Tapi alih-alih saya nampak dah terlalu liberal pulak sampai Mufti pun kadang-kadang dipersoalkan dan jadi lucu-lucuan.. Ada satu ketika dibuatnya kempen mengedar kondom dan jarum picagari kononnya untuk mencegah AIDS. zzzzzzzzzzzzz betullah kondom tu boleh sedikit sebanyak mencegah aids tetapi mengalak orang membuat persetubuhan haram pun ada juga. Dengan kata lain nak buat persetubuhan pakailah kondom. Sepatutnya beliau kempen Jangan berzina, jangan hisap dadah janagn amalkan seks sonsang dan rambang dan saluran had di belakang tu jangan salah guna. Kegunaannya ialah untuk berak. etc menurut kaedah Islam bukan kaedah liberal.

    Sedih sedih saya lihat pisang sebutir ni makin tenggelam. Periksa kengkawan rapat dia adohaiiii sedih melihat senarainya dan sah beliau sudah makin jauh.

    Walaubagaimana pun selagi nyawa belum bercerai badan saya yakin di atas Zat Allah yang maha Pengasih lagi Penyayang. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Tun untuk memberikan pelempang yang lemah-lembut pelempang lebih lembut dari kek pisang ke pipi pisang ini untuk membetulkan beliau. Amin.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...