Bersama Berjuang

Wednesday, March 14, 2012

WOI Rafizi, Bila Nak Kemukakan Bukti Nih???



Pertunangan Anak Najib: Terbukti Rafizi Pembohong Besar

Hari ini sudah masuk hari ke-4 sejak pendedahan Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR mengenai dakwaan kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan wang kerajaan untuk membiayai majlis pertunangan anak gadis beliau pada Jun 2011.

Sepanjang tempoh itu, Rafizi masih gagal mengemukakan sebarang bukti lain yang lebih menyakinkan (selain dokumen sebutharga) bagi menyokong dakwaannya pada Jumaat.

Yang kita difahamkan, Rafizi pula yang meminta Perdana Menteri mengemukakan bukti melalui 8 tuntutan balasnya yang dibuat pada Sabtu.

Situasi ini jelas membingungkan rakyat kerana sebagai orang yang membuat tuduhan, adalah menjadi tanggungjawab untuk dirinya membuktikan tuduhan tersebut, bukan sebaliknya. Dalam Islam juga perkara sama dituntut bagi mengelakkan yang menuduh mendapat dosa fitnah.

Penulis secara peribadi tidak ada masalah menyokong dakwaan Rafizi yang ini tapi perlulah disertakan dengan bukti-bukti yang sahih dan kukuh. Menyalahgunakan dana awam untuk tujuan peribadi adalah tuduhan berat yang boleh dikenakan hukuman berat juga.

Seperti yang pernah dilakukan Anwar Ibrahim pada 1997 dengan mengarahkan polis ‘mencuci otak’ Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar supaya mereka menarik balik tuduhan liwat ke atas Anwar.

Sepatutnya, platform yang sesuai untuk kes-kes sebegini adalah melalui polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bukan media.

Logiknya, jika Rafizi boleh mendapatkan salinan sebutharga dari hotel Shangri-La tersebut, dia juga sepatutnya tidak sukar untuk mendapatkan dokumen-dokumen lain yang boleh membuktikan bahawa majlis tersebut dibiayai menggunakan wang rakyat.

Lebih cantik lagi kalau Rafizi boleh menjelaskan pejabat pembayar mana yang membuat bayaran itu dan siapa pegawai kewangan yang meluluskan pembayaran.

Dalam pada itu, penulis diberitahu oleh satu sumber di Jabatan Perdana Menteri bahawa sehingga kini tidak wujud sebarang Nota Minta, Pesanan Kerajaan (Local Order) mahupun invois berhubung dengan majlis pertunangan tersebut.

“Kalau 3 perkara penting ini pun tidak wujud, bagaimana kerajaan ingin mengeluarkan bayaran kepada pihak yang berkenaan. Terbukti apa yang didedahkan hanyalah satu pembohongan, bertujuan untuk menipu atau menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat,’’ kata sumber itu lagi.

Hal yang penulis sebutkan di atas mungkin kelihatan aneh pada sesetengah pembaca, tapi pada yang biasa dengan urusan kewangan melibatkan wang kerajaan, prosedur yang disebutkan di atas adalah satu perkara yang wajib bagi setiap transaksi.

Natijahnya, kegagalan Rafizi mengemukakan semua bukti yang diatas menjadikan dirinya sebagai pembohong besar, menyambung daripada beberapa siri pembohongannya selama ini seperti dalam isu berkaitan NFC dan sebagainya.

Dan penulis yakin, ini juga (kegagalan menunjukkan bukti) adalah sebab utama kenapa Rafizi tidak membuat laporan terus di SPRM kerana dia takut dikenakan tindakan undang-undang atas tuduhan membuat laporan palsu.

Sebaliknya, modus operandi sama yang digunakan dalam kes NFC ialah mengarahkan Jingga 13 (NGO pro PKR) membuat laporan rasmi kepada pihak SPRM bagi menyiasat dakwaan yang dibuat Rafizi.

Secara teknikalnya, taktik seperti ini melepaskan Rafizi dari dituduh membuat laporan palsu mengikut undang-undang jenayah, walaupun dia masih lagi tidak terlepas dari tindakan saman oleh pihak yang dituduh.

1 comment:

  1. Jawatan dia tu kena tukar kepada PENGARAH TRAGEDI PKR.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...