Bersama Berjuang

Saturday, March 10, 2012

Suhaimi Sri Muda Bukti Ruginya Selangor Diwakili Oleh Orang Luar... Yg BODOH!


Inilah masalahnya apabila negeri tanah tumpahnya darahku ini, mengangkat seorang yang bukan anak Selangor sebagai wakil rakyat.  

Cabaran Suhaimi untuk berdebat dengan DS Noh Omar benar-benar menunjukkan bahawa "tactical move" yang diinspirasikan oleh Anwar menjadi idea yang cuba digunapakai oleh Suhaimi.  

Perlu kita faham antara perdebatan demi idea yang bernas, dan penyelesaian sesuatu masalah setelah berlakunya penyelewengan.  

Perdebatan itu bagus, dalam posisi mencari idea terbaik untuk dilaksanakan demi kepentingan semua.  Dan proses perdebatan pastinya akan mengundang pelbagai methodologi atau cara pelaksanaan.  Pun begitu, ianya sekadar mencari cara terbaik untuk mengimplementasi sesuatu idea atau dasar.

Dan dalam isu penyelewengan pasir, rakyat Selangor berharap akan ada penyiasatan dijalankan bagi membuktikan pelbagai dakwaan, termasuklah janji kutipan RM150 juta hasil pasir yang dibuat oleh Khalid Ibrahim di hadapan Tuanku Sultan Selangor.  

Persoalannya, apakah perdebatan dapat menyelesaikan masalah penyelewengan demi penyelewengan pasir di Selangor?

Berbalik kepada point GT diatas, Suhaimi, selaku pendatang di Selangor ini nampaknya membenarkan teori bahawasanya rasa kebertanggungjawaban di atas tanah tumpahnya darahku ini boleh dikatakan tiada langsung.  Beliau tidak berminat untuk menyelesaikan masalah, tetapi lebih berminat untuk menjadi populist demi kelangsungan politiknya.  

Perkara terbaik untuk rakyat Selangor dalam isu penyelewengan pasir ini adalah dengan cara penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pelbagai kepincangan, penyelewengan dan penyamunan hasil pasir di Selangor.  

Siasat, dan tentukan keputusannya.  Itu lebih professional dan berintegriti, untuk menyelesaikan permasalahan ini, berbanding debat yang hanya akan mencipta pelbagai persepsi atau tanggapan buruk semata.

Suruhanjaya Diraja ini sangat penting dalam mendepani permasalahan ini.  

Keadaan semakin serius apabila terdapat dakwaan bahawa Patrick Wong, telah mati dibunuh berikutan isu penyelewengan pasir di Selangor ini.  

Suhaimi Sri Muda menunjukkan bahawa dia tidak mempedulikan harta negeri dan perasaan anak negeri Selangor, kerana semangat dan jatidirinya bukanlah berasaskan Merah Kuning.  

Itu bahananya berwakil rakyatkan orang luar, yang cuba mencari penghidupan di negeri ini.  



GT mendesak agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes penyelewengan pasir di Selangor!!!  Aku anak Selangor!!!

1 comment:

  1. GERAKKAN KEMPEN 'SELANGOR NEGERI TUMPAHNYA DARAHKU' UTK PRU13!!!!!!!

    DUN/MP SELANGOR DARI RAKYAT SELANGOR UTK WARGA SELANGOR

    ORANG LUAR MENJADI LIABILITI, MERENDAHKAN MORAL RAKYAT TUMPAH DARAHNYA.....

    RAKYAT NEGERI
    SELANGOR D.EHSAN

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...