Bersama Berjuang

Wednesday, March 21, 2012

LUCU!!! Pembangkang Ajak Rakyat Berdemo, Tetapi Tidak Berani Perjuangkan Secara Ilmiah!


Isu pembangkang keluar dari Parlimen bukanlah baru.  Ia sudah menjadi trend bagi mereka untuk menutup kebenaran dari diketahui oleh rakyat.  

Tidak lama dulu, kita masih ingat, bagaimana pembangkang menggunakan isu APCO bagi mempengaruhi rakyat.  Isu berkenaan dimainkan di segenap ruang media yang ada sehingga ramai yang terpedaya.  

Apa yang mengejutkan adalah, sewaktu sesi pembahasan isu APCO di Parlimen, pembangkang enggan berhujah dan berbahas, sebaliknya mengambil keputusan untuk keluar dari sidang rakyat.  

Apa yang terjadi bukanlah spontan, kerana ini sudah dirancang.  Ia berdasarkan dengan placard yang ada pada tangan pembangkang, yang telah disiapkan sejak awal lagi.  Pembangkang tahu, seandainya isu APCO dibahas, mereka tidak akan mampu menjawab dengan fakta, sekaligus akan menyebabkan rakyat mengetahui hal yang sebenar.  

Taktik yang sama dilakukan oleh pembangkang di dalam isu penubuhan PSC Lynas ini, apabila masing-masing keluar dewan sebagai tanda kononnya tidak bersetuju. 

Agak lucu apabila pemimpim pembangkang telah mengerahkan penyokong mereka untuk turun berdemo di Kuantan berhubung dengan Lynas tempoh hari, tetapi takut dengan penubuhan PSC yang bertujuan mendapatkan pandangan-pandangan pakar dalam hal ehwal nadir bumi.  

Jadi, apa tujuan mereka berdemo kononnya untuk selamatkan rakyat dari Lynas?  Bukankah ianya hanya untuk kepentingan politik mereka semata yang berdasarkan pembohongan?  Siapa mereka untuk tentukan Lynas tidak selamat?  Apakah mereka pakar seperti Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen PAS?  

Pembangkang harus bersikap professional, dengan turut serta dalam PSC ini, dalam mencari fakta sebenar, demi kesejahteraan rakyat. Sekiranya ada sesuatu yang tidak kena, wakil pembangkang boleh memantau kesahihan data, dan bukannya menjadi pengecut dan bacul dengan tidak mahu menyertai PSC ini.  

Kebenaran cuba disembunyikan, itulah niat pembangkang!

Dan pembangkang sama sekali tidak menguntungkan rakyat!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...