Bersama Berjuang

Wednesday, March 7, 2012

Azizan Razak Sedang Merasai Erti BONEKA!!!



Kemelut yang berlaku di Kedah sebenarnya tidak memberikan keuntungan kepada PAS, melainkan kepada Pakatan, kerana cuba menyembunyikan bangkai gajah dengan sehelai daun pisang.  Mana mungkin!

Penubuhan Pemandu yang berstatus PEMANTAU sebenarnya mempunyai lebih kuasa bagi "overule" sebarang keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar.  

Ini bermakna, hilang sudah kuasa seorang Menteri Besar untuk mentadbir negerinya sendiri, kecuali sekiranya berkaitan dengan hal ehwal yang remeh temeh semata.  Dan ini diakui oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Syeikh Mohamad Abdullah yang mahukan semua pihak menghormati Azizan sebagai Menteri Besar, sekalipun kehilangan kuasa mentadbir secara mutlak. 

Lebih malang, peralihan kuasa ini sebenarnya didalangi oleh golongan Attarturk aka Anwarinas, yang menguasai PAS pusat.  Perbincangan PAS Pusat telah meletakkan Azizan berstatus BONEKA.  Umum mengerti akan kerakusan golongan ini dalam siri "pembunuhan etnik" pro ulama, seperti mana yang telah berjaya dilakukan ke atas Hasan Ali.  

Jelas, siri "penghapusan etnik" ini sedang diteruskan, malah dilipatgandakan.  

Sekalipun strategi menjatuhkan Azizan telah gagal, namun kuasa mentadbir diperolehi oleh mereka.  Jadi, tiada bezanya. Cuma, ia sedikit menguntungkan Pakatan, kerana gelombang kebangkitan seperti yang dicetuskan oleh Hasan Ali dapat dihalang di Kedah.  

Yang bijak adalah Anwar.  Menguasai pimpinan Pusat, kemudian diporak-perandakan setiap negeri.  

Yang bodoh?

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...